MELAKA 2 JULAI: Sesebuah kerajaan bukan dilantik untuk mencuri wang
rakyat melalui pengagihan kontrak dan tender runding sesebuah projek
terus kepada kroni dan ahli keluarga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Kamu
(kerajaan) tak dilantik untuk curi wang kami. Saya boleh senaraikan 100
hal (tentang anugerah kontrak kerajaan kepada kroni dan keluarga)
“Tanah Sungai Besi, projek LRT Ampang, semua beri pada kroni. Raja
Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC),
semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak
senang?
“”Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China. MRT kita ada
emaskah?” kata Anwar dengan nada menyindir. Siapa yang tak tahu tentang
menteri beri projek kepada anak mereka?” katanya depan kira-kira 2,000
hadirin di jamuan makan malam KEADILAN di Dewan Pay Fong, Melaka, malam
tadi.
Sepanjang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998, Anwar
berkata, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam perbelanjaan
negara.
“Sekarang, hutang negara RM538 bilion. Ketua Audit Negara lapor, kebocoran belanja tahunan negara sehingga RM20 bilion.
“Apa beza Pakatan dengan BN? (Umno bila) ada kuasa, hanya hendak cari wang. SahamBbumiputera pun dia(Umno) sapu.
“Macam mana negeri Pakatan kumpul duit? Sebab ada prinsip. Saya
sokong orang Cina yang baik dalam kepimpinanan Pakatan. Sebab itu saya
pertahankan.
“Bila kita jawab, Umno kata Anwar alat Cina. Politik tak boleh macam
itu. Kalau orang Melayu kena pukul, sakit. Kalau orang India kena pukul
pun, sakit juga. Negeri ini bukan gangster punya,” katanya./MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...