KUALA LUMPUR 23 Julai: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menempelak
sikap hipokrit pemimpin Umno BN yang tidak mengaku menjalinkan hubungan
dengan komunis.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, Umno BN terang-terangan
menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China
(CPC) pada Oktober tahun lalu.
“Saya nasihatkan supaya pemimpin Umno BN tidak hipokrit dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor
berkata, Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan
golongan fahaman komunis.
Bagaimanapun, kenyataan Zahid bercanggah dengan laporan Umno Online
yang menyatakan pemeteraian MoU bertujuan mengeratkan hubungan kedua-dua
parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula
berkata, salah satu kandungan dalam MoU itu ialah penukaran pegawai
parti untuk mempelajari pelaksanaan program kedua-dua parti.
Adnan berkata, dalam perjanjian itu, Umno dan CPC bersetuju untuk meningkatkan hubungan sosioekonomi antara China dan Malaysia.
Malah beliau turut membezakan antara fahaman komunis dahulu dan komunis yang terdapat di China sekarang.
Mengulas isu itu, Tian berkata, kedua-dua fahaman komunis tersebut tidak berbeza kerana mengamalkan dasar yang sama.
“Tetapi dasar komunis kini sudah berubah. Komunis sekarang lebih
terbuka dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan banyak negara luar.
Ia berlaku disebabkan peredaran dunia.
“Justeru Malaysia bebas menjalinkan diplomatik dengan mana-mana
fahaman termasuk komunis. Saya tidak hipokrit dalam isu ini dan tidak
pertikai hubungan antara Umno dan CPC.
“Tapi saya persoalkan mengapa Umno menuduh Pakatan (Rakyat) diresapi
fahaman komunis kononnya pada era penjajahan. Fahaman itu tidak relevan.
Kalau fahaman itu masih ada, bermakna komunis di China sekarang juga
menganuti fahaman yang sama,” katanya.
Menurut Tian, Umno kini kehabisan modal untuk menakut-nakutkan rakyat
hingga menggunakan isu komunis untuk menyemai kebencian rakyat terhadap
Pakatan./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...