Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 18, 2012

Anwar Ibrahim setuju undang-undang terhadap gay tapi mahu disemak

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa perlu ada undang-undang diskriminasi terhadap golongan homoseksual untuk melindungi kesucian perkahwinan heteroseksual.

Anwar, yang menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya, berkata demikian ketika disoal peguam Firoz Hussein, yang mewakili akhbar milik Umno itu.

Firoz: Patutkah undang-undang Malaysia mendiskriminasikan homoseksual?
Anwar: Ya
Bagaimanapun, beliau berkata, undang-undang kuno terhadap homoseksual perlu dikaji semula, untuk melindungi orang yang tidak bersalah daripada dihukum.

Anwar memfailkan saman pada 20 Januari, dengan mendakwa defendan menerbitkan artikel yang memutarbelitkan kenyataannya mengenai undang-undang terhadap homoseksual yang dibuat semasa temubual dengan BBC.

Beliau menuntut ganti rugi RM50 juta serta ganti rugi teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar juga memohon injunksi untuk melarang defendan daripada mengucapkan atau menerbitkan kenyataan fitnah lanjut terhadapnya./MalaysiaKini
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...