KUALA LUMPUR 17 Julai: Sempena Ramadhan ini, Mirzan Mahathir digesa
meninggalkan sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan perkara haram
di sisi agama, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty.
“Sempena
bulan puasa yang semakin menjelang beberapa hari lagi, saya menggesa
Mirzan supaya muhasabah diri dan meninggalkan perkara yang jelas sekali
bertentangan dengan Islam.
“Arak ini haram, jadi duit yang diperolehi dari syarikat arak juga
haram. Beliau tidak sepatutnya melibatkan diri dengan perdagangan yang
melibatkan perkara yang sudah tentu haram,” katanya dihubungi.
Mirzan membeli syarikat pembuat arak terbesar di Filipina, San Miguel
dengan harga RM2.9 bilion. Wang dari keuntungan syarikat arak tersebut
digunakan untuk membeli Esso Malaysia dengan RM1.7 bilion, lalu ditukar
nama kepada Petron.
Penasihat MAS, Dr Mahathir Mohamd dengan bantuan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak juga telah meluluskan kontrak enam bulan untuk
membeli minyak dari syarikat anak Mahathir, Petron.
Tindakan Mirzan mengabaikan kepentingan agama demi keuntungan peribadi semata-mata turut dibidas.
“Mantan
Perdana Menteri, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang sering
bercakap soal agama, tapi sayang anak beliau pula menggadaikan maruah
diri dengan terlibat dengan syarikat arak,” kata Mohd Nor.
Beliau juga menempelak tindakan Mahathir yang mementingkan poket keluarganya dengan menyalahguna kepentingan rakyat.
“Tindakan Mahathir yang berdiam diri dan tidak memberi sebarang
jawapan berkenaan isu duit arak anak beliau jelas membuktikan amalan
nepotisme dan kronisme yang diamalkan beliau sejak dari dulu tidak
pernah terpadam.
“Nepotisme adalah amalan mengabaikan kepentingan rakyat untuk mengisi
poket sendiri dan mengaut keuntungan sebesar-besarnya ke dalam
institusi keluarga sendiri dengan menggunakan wang rakyat.
“Ini juga merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama,” tegas Mohd Nor./KeadilanDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...