Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 16, 2011

Keputasan Fitnah2..!! Hakim Pilih Ke Neraka..!!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.
NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."
“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.
Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.
Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.
anwar court trial 160511 crowd after decisionHakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

anwar court trial 160511 police lineup outside lobbyButir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.MalaysiaKini

Komen Seorang hamba Allah :
Andake takde ke Anwar bukan perkara besar.............. Yg penting UMNO PRU13 kalah dengan system 1 lwn 1 di semua pusat mengundi...... Pastikan anda daftar sebagai pemilih dan semak dafrat pemilih undi anda selalu....................
Yahoooooooooooooooooo............ PRU 13 banyak kerusi UMNO yg dirampas kerana simpati kepada PKR....... kah kah kah.
    

4 ulasan:

  1. insyaalah mudah-mudahan tukar kerajaan dari bn ke pr. nampak sangat undang-undang malaysia dah merapu

    BalasPadam
  2. susah sangat nak sumpah dengan nama ALLAH SWT kalau sumpah nama allah CHRISTIAN HERALD boleh kot kana N.AJIS DAN ANUWAR sokong takberbelah bagi nama allah ni digunakan TAKAN takot jugak?takot ANU tu kena sambar petir ke?

    BalasPadam
  3. semua orang kena berkempen,cakap, ajak, pujuk, rayu, cari simpati, beri semangat, tulisan, risalah, ajak keluarga, doa banyak-banyak, solat hajat, bangun malam, jangan buat maksiat. InsyaAllah ...kali ini bn ghuyub. Ingat..perancangan Allah maha hebat. Biar DSAI ke sg buluh. Biar mereka bersorak, biar mereka teruskan mencipta dosa, biarkan mereka asyek dgn video, biarkan.. Allah menilai semua. Tungguuuuuuu akan sampai saatnya. Janji Allah sangat dekat.

    BalasPadam
  4. sokong2 sumpah .... anwar kalau nak bersumpah dimahkamah nanti boleh gunakan Al-Kitab kristian, kerana terdapat juga perkataan Allah didalamnya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...