Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 02, 2015

TERBONGKAR!! : SIFAT SEBENAR PAS TERENGGANU..

Pas

KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas negeri mendakwa bahawa hanya ahli parti itu bertungkus-lumus melakukan gerak kerja dari bawah sedangkan PKR didakwa hanya kelihatan menjelang pilihan raya.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, ia merupakan hakikat yang perlu diterima kerana hanya ahli Pas khususnya di peringkat akar umbi bekerja untuk mengukuhkan kekuatan pembangkang di negeri ini.

Disebabkan itulah katanya, pembahagian kerusi antara rakan PR sebelum ini menjadi isu setiap kali pilihan raya umum sebagaimana PRU13 lalu.

“Pembahagian kerusi pada PRU13 lalu menjadi bebanan kepada Pas kerana tenaga PKR muncul pada pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pada PRU13 lalu, berlaku pertindihan di tiga kerusi di negeri ini melibatkan Pas dan PKR iaitu di Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera.Bagaimanapun, PKR beralah mengumumkan penarikan diri calonnya saat akhir bagi memberi ruang kepada Pas.


Mengulas lanjut, Kamaruzaman memberitahu bahawa beliau tidak menolak keadaan itu berlaku disebabkan Pas mempunyai keahlian yang ramai berbanding ahli PKR dan DAP di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan peranan dimainkan kedua-dua parti itu sebagai penyokong dalam memastikan kekuatan PR selain turut memberi kerjasama dalam beberapa program anjuran parti itu sebelum ini.

“Berdasarkan landskap politik Terengganu perlu terima hakikat bahawa PKR dan DAP sebenarnya hanya penyokong.

“Di peringkat akar umbi, Pas sahaja sebenarnya melakukan gerakan. PKR dan DAP kena faham senario, landskap politik Terengganu begitu,” katanya.

sh

5 ulasan:

  1. PAS kan kuat di Tganu..jadi kena serahlah kat PAS..TAPI ITU DAHULU, PRU AKAN DATANG LAINLAH CORAKNYA, lagipun masa tu PAS dah jadi komponen BN, Hj Hadi adalah Timb Perdana Menteri dan sering cium tangan ROSMAH.

    BalasPadam
  2. pekerja pas kena kerja sebab mereka semua bodoh yang boleh disuruh oleh PKR dan DAP .Padan muka.peminpin yang atas bodoh terus menurun kat bawah.

    BalasPadam
  3. Patut bincanglah cara baik. Dapat presiden pun kaki gaduh. Cara dia tuduh calon PKR ambil pil kuda pun dah macam makcik kampung tak sekolah. Tak ada bukti kukuh pun. Cuma dengar 'sumber' je. Adoi

    BalasPadam
  4. Sabar ....berpakàt maknanya saling bekerjasama, saling membantu. Betullah di Terengganu PKR lemah, jadi PAS seharusnya membantu

    Jangan lupa PAS lemah di pantai barat. Tetapi DAP dan PKR banyak membantu PAS dalam membuka ruang kpd PAS dikalangan bukan melayu. Jasa DAP dan PKR memperdanakn PAS di pantsi barat bukan kecil sehingga menang 25 kerusi di selangor. Keuntungan PAS di Selangor adalah terbaik dlm sejarah PAS.

    Jangan kita fok ungkit jasa kita je.....kena ingat juga jasa org kpd kita

    BalasPadam
  5. apa lg mau dok belah la dari PR...ni nk tunggu la...ahli sufi p mekah la...nak beraya dulu la...ingat kat malaysia ni ahli pas sja ka yg dok mengundi...ingat bejuta ahli pas tu semua ikut presiden ka...akai ada ka

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...