Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 20, 2015

SALAHUDDIN AYOB SERU RAKYAT MALAYSIA...

Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru (GHB) mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menjadi penyokong GHB dengan syarat faham matlamat penubuhan gerakan itu.

Timbalan Pengerusi GHB, Salahuddin Ayob ketika ditanya berhubung status ahli GHB di dalam Pas berkata, gerakan itu bukan parti politik.

"Kita terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bersama-sama dengan GHB,” katanya.
Salahuddin berkata,  mengikut perlembagaan mana-mana parti di Malaysia,  sesiapa sahaja yang menyertai parti politik lain serta-merta akan gugur keahlian sebagai ahli dalam parti itu.

“GHB tidak ada paksaan untuk sesiapa menjadi ahli, ia terbuka. Kita ada 28 juta rakyat Malaysia. Ahli Pas hanya ada dalam satu juta.

“Kita ada pasaran yang lebih luas lagi. Rakyat yang mahu menyokong GHB boleh sertai gerakan ini,” katanya.

Menurutnya, menarik ahli Pas ke dalam GHB bukanlah matlamat dan fokus GHB.

“Tidak semestinya ahli Pas sahaja. Kita tidak fokus kepada ahli Pas.  Kita tidak mahu. Pas bukan fokus kepada matlamat GHB,” katanya.

sh

2 ulasan:

  1. dulu org undi pas bukanlah kerana sokong pas, tp benci kat alternative umno!

    sejarah berulang lg! org undi ghb bukan kerasa sokong ghb, tp benci kat pas!

    hahahaahahaaaa....

    apa2 pun aku sokong Gerakan Harapan Baru bukan kerana aku benci pas, tapi aku benci tingkah laku perangai yang bercanggah dengan akhlak Rasulullah saw rahmat sekelian alam,

    BalasPadam
  2. Aku sygkn pas dan ulamak..aku xundi dap lg pasni.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...