Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 14, 2015

Asmuni Awi,Mohammad Nizar terajui Harapan Baharu Perak..


Asmuni Nizar

IPOH - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baharu) Negeri Perak menampilkan bekas Bendahari Pas Pusat, Asmuni Awi ‎sebagai penyelaras sementara Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Penyelaras.

Asmuni yang dihubungi Sinar Harian‎ sebentar tadi berkata, selain Mohammad Nizar beberapa individu yang merupakan bekas pimpinan Pas negeri turut dipilih  mengisi jawatankuasa Harapan Baharu Perak.

Katanya, antara individu yang berada dalam jawatankuasa itu termasuklah bekas Yang Dipertua Pas Tambun, Dr Khairuddin Abd Malik; bekas Adun Lubuk Merbau,  Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan bekas Bendahari Pemuda Pas Pusat, Fakhrulrazi Mokhtar.

Semalam, beberapa bekas pemimpin kanan Pas melancarkan Harapan Baru untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata, gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik bawah naungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, ujar Asmuni lagi, senarai penuh ahli jawatankuasa akan diumumkan dalam masa terdekat dan kebanyakan mereka yang dilantik telah menyatakan persetujuan untuk memikul tanggungjawab.

"Kita akan memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Harapan Baharu bagi negeri Perak pada 26 Julai bersama-sama pimpinan pusat yang dijangka diadakan di Ipoh.‎

"Setakat ini, maklum balas yang kita terima daripada penyokong sangat positif, malah mereka tidak sabar menantikan parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti," katanya.

sh

15 ulasan:

  1. mereka ni adalah kelompok yg sering gagal menghadiri program usrah. Lantas x akur kpd the flow of the parti. Kerana itu mereka mempunyai idea yg sering x selari dgn arus perdana parti. Mereka juga tidak mempunyai semangat Khalid Al Walid. Kegagalan mendpt tempat dlm parti tidak menjadi kayu ukur mengkoreksi diri, malah ego makin melambong. Individu ego belum layak menjadi pejuang Islam kerana masalah peribadi belum selesai lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x perlu kpd semangat sahabat Nabi Khalid Al-Walid dh....yg d pikir jawatan n pangkat serta masa dpn politik sendiri jee......patut nya bln posa bln mkoreksi diri....parti x mninggal kn anda....tapi anda yg mninggal kn parti.....

      Padam
  2. Tahniah kpd Dato' Nizar semoga ini akan menjadi wadah kearah kesatuan yg kuat Pakatan Rakyat yg telah berkubur angkara kebodohan@ketololan pimpinan baru PAS termasuk Tuang Presideng yg maksum di mata ahli2nya..

    termasuk yg kat atas nih! (6.53 PTG)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Gerakan Harapan Barua Perak..!!

      Padam
    2. Tahniah Gerakan Harapan Barua Perak..!!

      Padam
    3. Tahniah Gerakan Harapan Barua Perak..!!

      Padam
    4. Dah lah presiden maki hamun caci maki orang...
      ANAK MURID PUN NAK IJUT JOIN SEKALI???

      Go to hell ayoh hadi Ping.. Look what your diviant teaching has donevto your tolol followers

      Padam
    5. Kumpulan Islam Progresif ikut (telunjuk) Democratic Action Party = KIPiDAP !!

      Padam
  3. SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
    1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
    2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
    3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
    4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
    5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
    6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
    KESIMPULAN
    1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
    2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
    4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

    utuhkabin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu tertinggal huruf A bro!!

      Padam
    2. Tepat spt sangkaan majoriti 80% ahli PAS.. mereka sememangnya mengharapkan bantuan DAP!!

      Padam
  4. Alhamdulillah...kita berjaya keluar dari JUBAH SYIAH

    BalasPadam
  5. "Seruan ana kepada wakil rakyat di Parlimen dan ADUN secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil DAP mahupun Gerakan Harapan Rakyat,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS dalam isu penubuhan parti baru.. Ada bran ke?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...