Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, Julai 31, 2015

YB KHALID SAMAD DAN HARAPAN BARU..APA KATANYA??


  Foto Saya

Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru 

Saya telah menerima beberapa soalan berhubung Harapan Baru dan kesannya terhadap hala tuju politik Negara. Saya telah berjanji untuk menjawabnya melalui blog saya kerana saya berpendapat bahawa ianya turut bermanafaat kepada masyarakat ramai selain yang bertanya.

Soalan 1

“Bagaimana pembahagian kerusi pada PRU 14 akan datang dan seterusnya? Jika berlaku pertembungan 3 penjuru (PAS, UMNO dan parti baharu) siapa akan menang?
Pembahagian kerusi akan bergantung kepada suasana sebelum PRU 14. Terdapat 3 kemungkinan.

Pertama, PAS bersama PR 2.0. Dalam keadaan ini pembahagian kerusi boleh dirunding kembali. Mungkin PAS di Pantai Timur dan Harapan Baru (HB) di pantai barat? Perlu tunggu dan lihat. Adakah mungkin PAS kembali berdamai dengan DAP dan Harapan Baru?

Kedua, PAS bersendirian dan HB bersama PR 2.0. Ini akan menghasilkan 3 kemungkinan lagi.

Kemungkinan 2(a): Diadakan persefahaman politik antara PAS dan PR 2.0 dan dengan itu maka kembali kepada keadaan seperti kemungkinan pertama.

Kemungkinan 2(b): PAS bersendirian, tiada persefahaman politik dengan mana-mana pihak. Maka berlaku tiga penjuru seperti yang diinginkan oleh PJ PAS Perak apabila disebut PAS Perak akan bertanding kesemua 59 kerusi DUN Perak. Maka rakyat perlu pilih antara BN, PR 2.0 atau PAS.

Kemungkinan 2(c): PAS mengadakan persefahaman politik dengan BN dan dalam keadaan itu rakyat perlu pilih di antara BN/PAS dan PR2.0.

Ketiga, PAS bersama BN. Maka keadaan kemungkinan 2(c) seperti di atas akan kembali merupakan pilihan.

Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan BN dan calon yang bertanding “hanya demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa”. Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan HB mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding untuk menang demi keredhaan Allah.

Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat, mengatasi segala yang lain, maka PR 2.0 akan dimenangkan. Lebih-lebih lagi apabila disedari bahawa jika dimenangkan PAS sekalipun, terdapat kemungkinan PAS akan bersama BN untuk tubuh kerajaan seperti pernah dicadangkan pada 2008 dan semasa krisis MB Selangor.

Soalan 2:

“Apakah probabiliti yang tidak akan wujud parti baharu lain jika sekiranya wujud serpihan yang tidak puas hati pula dengan performance parti baharu A pada pilihanraya seterusnya?”
Kemungkinan itu akan sentiasa wujud. Terpulang pada pihak yang terlibat. ‘Serpihan B’ dari PAS pun boleh berlaku bukan sekadar serpihan dari parti baharu A. Namun akhirnya terpulang pada rakyat samada untuk menyokong atau tidak.

Kalau sekiranya parti ‘serpihan B’ dapat sokongan mengatasi parti ‘serpihan A’ dan PAS, dan selepas itu mereka memberi khidmat yang baik; maka satu hari kelak mungkin juga ‘serpihan A’ atau PAS sendiri akan bungkus. Tiada yang kekal kecuali Allah.

Namun kebiasaannya parti serpihan tidak akan menerima sokongan kecuali terdapat sebab dan alasan kukuh di atas penubuhannya.

Soalan 3:
“Apa value added parti baharu ini kepada gabungan baharu nanti seperti dulu PAS menjadi value added kepada Pakatan Pembangkang tahun 1990 dulu?”
Tahun mungkin tidak betul, bukan 1990 yang dimaksudkan? Masa itu PAS bersama Semangat 46 iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Atau itu yang dimaksudkan? Namun soalannya difahami walau apa pun.

‘Value addednya’ adalah terbentuknya satu gabungan yang benar-benar ingin berkerjasama dan memerintah atas dasar dipersetujui bersama atau ‘common policy framework’. Dasar dipersetujui bersama merujuk kepada dasar yang akan dilaksanakan sebagai kerajaan. Namun, adanya dasar yang dipersetujui ini tidak menghalang setiap parti bergerak di tengah masyarakat membawa agenda khusus parti berkenaan atas nama parti masing-masing.

Keadaan sebegini di mana usaha kerjasama dilakukan secara bersungguh-sungguh dan jujur tidak pernah wujud semasa PR bersama PAS. Dari awal PAS kelihatan teragak-agak seolah-olah berada dalam satu gabungan yang tidak begitu diingininya. Ingat kembali pengalaman dengan Dr. Hassan Ali. Mungkin terpaksa atas sebab hujjah yang dibawa ‘golongan progressive’, atau HB sekarang, yang tidak dapat dijawab sejak dari dulu. Oleh itu keberkesanan gabungan PR tidak dapat dibuktikan dengan sejelas yang diinginkan atas sebab ketiadaan kommitmen 100% dari PAS. Namun begitu, bertambah kerusi juga di Selangor!

PR Selangor wajar dijadikan bukti untungnya PAS melalui PR. Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri dipersetujui bersama. Sambil itu PAS bergerak di tengah masyarakat membawa kefahaman Islam dan perjuangannya. Masjid dan Surau dibuka luas dan diberikan kebebasan untuk PAS memberikan kefahaman kepada ummat Islam berhubung perjuangan Islam. Malangnya dipersia-siakan peluang ini oleh sebahagian penceramah yang lebih giat memburukkan individu tertentu yang tidak disenangi. Sedangkan dengan itu PAS untung dari dua sudut. Pertama, sebahagian dasar yang ingin dilaksana terlaksana, sebagai contoh, bantuan kepada sekolah tahfiz. Kedua, pada masa yang sama kebebasan bergerak sepertimana yang tidak sanggup diberikan BN telah turut dinikmati.

Malangnya kelebihan ini seolah-olah tidak disedari pimpinan utama walaupun disebut dan dinyatakan berulang-kali oleh PAS Selangor sendiri. Akhirnya hubungan dengan DAP serta PKR tetap dikucar kacirkan dan terjadilah apa yang telah terjadi.

Soalan 4:
“Adakah wujud Baiah sehingga menceraikan isteri sebagaimana laporan Malaysiakini?”
Ya, Baiah itu ada. Pada 2008 hampir semua negeri mengamalkannya. Pada 2013 hanya Kelantan sahaja yang kekal dengan baiah tersebut.

Saya difahamkan ianya mula diamalkan pada 2006 atau 2007 apabila PAS tinggal majoriti hanya 1 kerusi setelah kalah dalam Pilihanraya kecil. Pada asalnya ada majoriti 3 kerusi tetapi apabila sudah kalah pilihanraya kecil tersebut maka kerusi PAS kurang satu dan kerusi UMNO/BN bertambah satu. Sebagai contoh kalau asalnya 25 PAS dan 22 UMNO/BN, maka apabila PAS kalah 1, maka PAS tinggal 24 kerusi DUN sahaja. UMNO/BN pula tambah satu maka dari 22 menjadi 23 kerusi DUN. Bezanya hanya 1 kerusi ADUN.

Dalam keadaan itu, dengan penuh kekhuatiran bahawa UMNO akan cuba beli, ugut dan sebagainya supaya sekurang-kurangnya seorang ADUN PAS akan lompat, maka demi menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan, TGNA memanggil kesemua ADUN PAS untuk berbaiah dengan baiah ini. Kekhuatiran PAS pada ketika itu sememangnya berasas. Soal beli calon dianggap amalan biasa pihak UMNO/BN.

Malangnya selepas suasana yang dianggap cemas dan darurat itu sudah tiada lagi, baiah itu terus dikekalkan. Tetapi untuk negeri-negeri lain ianya dibuat tahun itu sahaja dan hasil teguran dan nasihat dalaman sendiri, ianya tidak lagi diamalkan pada 2013. Kecuali di Kelantan.

Soalan 5:
“Apa perbezaan ketara GHB dan PAS yang memberi keyakinan kepada saya untuk tukar tanpa ragu wadah saya?”
Sebenarnya Harapan Baru sahaja iaitu HB dan bukan GHB. Perbezaannya adalah pendekatan. Asas perjuangannya insyaAllah sama, iaitu Islam. Tetapi dalam soal pendekatan HB akan berusaha untuk lebih terbuka dan jujur dalam berpakat tetapi tanpa menggadaikan prinsip Islamnya. Tidak akan cakap lain tetapi buat lain, mungkir janji dan istiqamah tidak hadir mesyuarat. HB ada menunjukkan keinginan bersungguh-sungguh untuk menang dalam PRU 14 bersama PR 2.0 dengan penuh keyakinan kemenangan itu boleh dicapai bersama keredhaan Allah. Juga tidak berpegang kepada kepercayaan khurafat bahawa hanya UMNO/BN boleh memerintah dengan membela nasib Islam dan ummat Islam. Adalah diyakini bahawa insyaAllah PR 2.0 yang HB bersamanya akan menguntungkan perjuangan Islam dan ummatnya dengan lebih baik lagi dan oleh itu HB tidak ‘takut dengan kemenangan’ (fear of success).

Secara ringkasnya HB berpegang teguh dengan konsep Islam sebagai

1. Rahmatan lil ‘alamin, iaitu rahmat untuk seluruh alam bukan untuk orang Islam Melayu sahaja,

2. Politik Islam adalah politik li ta’arafu iaitu untuk berkenalan dan berbaik-baik bukan untuk mengadu domba antara kaum,

3. Matlamat politik Islam ‘li yaquman nasu bil qist’ iaitu untuk manusia menegakkan keadilan sesama manusia secara keseluruhannya dan bukan sahaja untuk Melayu Islam, dan

4. Politik Islam adalah politik amanah dan berpegang pada janji walaupun dengan yang bukan Islam. Rujuk kisah Hudaibiyyah dan ayat 94 Surah An-Nahl serta tafsirannya.

Walaupun PAS akan cuba menyatakan bahawa mereka sama sahaja, tetapi itu terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian.

Soalan 6:
“Apakah yang dimaksudkan YB bahawa PAS telah terkeluar dari Baiahnya sendiri?”
Sefaham saya, baiah ini adalah di antara dua pihak. Satu yang memberi dan satu lagi menerima. Kedua-dua pihak ada tanggung-jawabnya terhadap satu sama lain. Dalam konteks baiah yang dilakukan sebagai calon PRU 13, ianya adalah untuk melakukan tugas tertentu, iaitu menjadi calon dalam PRU ke 13 sebagai calon PAS. PAS pula menurunkan calonnya sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat iaitu gabungan PKR, DAP dan PAS. Dalam kempen yang dilakukan semua calon PAS memanafaatkan manifesto PR, bercakap atas nama PR dan berkempen bersama rakan PR. Undi yang diperolehi sebahagiannya adalah atas sebab PAS bersama PR.

Oleh itu apabila membuat baiah sebagai calon PAS, semua memahami bahawa hubungan PAS dan PR, lebih-lebih lagi di Selangor di mana PR memerintah bersama. Ini bererti sambil calon ada baiah dengan PAS dan PAS juga berjanji (atau baiah) dengan PR. Dan janji PAS dengan PR diketahui dan dipersetujui semua calon. Janji PAS dengan PR inilah yang telah lama dilanggar seperti kes Kota Damansara, pil kuda, MB Selangor serta lain lagi dan akhirnya mengambil bentuk rasmi mutakhir ini. Ini menjadikan baiah calon juga yang telah bersetuju dalam konteks dan suasana terdahulu turut tercabar keabsahannya.

Namun demikian saya bersetuju bahawa sekiranya baiah tersebut ingin dilanggar maka perlu yang melanggarnya beristighfar dan membayar kaffarah. InsyaAllah sekiranya ianya dilakukan demi yang kebaikan Islam, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni.

Soalan 7:
“Bagaimanakah GHB nak atasi persepsi GHB ‘anjing DAP’ untuk meraih undi pengundi luar bandar?”
Persepsi ini akan diatasi melalui kata-kata dan tindakan.

Hakikatnya persoalan perlaksanaan sistem perundangan Islam, termasuk hudud, tetap ada dalam matlamat perjuagan Harapan Baru (HB). Hanya pendekatan ke arah perlaksanaannya adalah jauh berbeza di mana kebergantungan kepada UMNO tidak merupakan sebahagian dari strateginya. Sebenarnya inilah yang membezakan sikap pengasas HB dan PAS. Pengasas HB menganggap UMNO hanya memperalatkan hudud untuk memecah-belahkan PR. PAS berkeyakinan UMNO ikhlas sehingga sanggup memecahkan PR demi mendapatkan bantuan UMNO supaya hudud terlaksana. Siapa betul perlu dinilai sendiri oleh semua.

Kedua, terdapat pimpinan PAS yang beranggapan orang Melayu tidak mahu pada PAS kerana PAS bersama DAP di dalam PR. Kenyataan ini meyakinkan saya bahawa pimpinan tersebut telah termakan dengan propoganda UMNO/BN. Oleh itu usaha ‘bergaduh’ dengan DAP dan mengeluarkan DAP dari PR dilakukan mereka. Sedangkan statistik menunjukkan sokongan Melayu dan bukan Melayu terhadap PAS telah bertambah apabila bersama PR. Amat malang apabila terdapat pimpinan terpengaruh dengan kata-kata UMNO/BN dan MKN. HB menganggap DAP sebagai rakan dan asset, pimpinan PAS melihat mereka sebagai musuh dan liabiliti. Bagaimana untuk selaras?

Maaf kalau tidak sempat menjawab semua soalan. Terlalu banyak. InsyaAllah ianya akan turut dijawab oleh website HB apabila ianya siap dan dilancarkan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Khamis, Julai 30, 2015

HOT!! : Pemuda Umno Labis Lawan Arus..

Najib Tun Razak

LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.

“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan. “Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif  Negara,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.

Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.

“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.

“Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat.

Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi.

“Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing,” katanya.

sh

Panas!! : Muhyiddin Sahkan RM2.6 bilion dalam akaun Najib, miliknya

 

Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?


mk

Rabu, Julai 29, 2015

HOT!! : SELEPAS PECAT MUHYDDIN.. IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN TERBAKAR..

 

Kebakaran berlaku di tingkat 10 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Ini telah disahkan oleh jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

"Kebakaran berlaku di tingkat 10 menara lama. Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.20 petang," kata jurucakap itu kepada Malaysiakini.

Difahamkan, kebakaran itu menjejaskan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Gambar mengenai kebakaran itu tersebar meluas media sosial.

Seramai 24 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 7.47 malam.

Mereka adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8 malam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui.


mk

HOT!! : NAJIB BERDEPAN DENGAN HIMPUNAN BESAR-BESARAN..

 

BERSIH 2.0 hari ini mengumumkan himpunan keempat yang akan diadakan pada 29 Ogos hingga 30 Ogos secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Himpunan ini akan bermula pada pukul 2 petang hari 29 Ogos dan berlanjut sehingga tengah malam 30 Ogos.

BERSIH mengajak orang ramai turun ke himpunan untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain menghentikan segala amalan rasuah dalam kerajaan.

Antara empat tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan ini ialah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.


mk

KENYATAAN TERKINI : PENGERUSI HARAPAN BARU


 Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

PETALING JAYA - Pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyeru semua ahli parlimen mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan.

Jurucakapnya, Mohamad Sabu berkata,  perlu ada satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut akibat pergolakan dalaman Umno dan kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urus tadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sejak pendedahan mengenai keterlibatan Najib berhubung tuduhan salah laku pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

“Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun yang ditubuh milik Najib,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru berkata, kerajaan peralihan dapat ditubuhkan dengan merujuk kepada beberapa terma khusus seperti pelantikan seorang perdana menteri dari kalangan pemimpin kanan bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

“Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan serta undang-undang dikembalikan.

“Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Katanya, penubuhan kerajaan peralihan boleh dilakukan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli parlimen menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib.

“Usul ini boleh dibuat di luar sidang parlimen atau semasa sidang parlimen akan datang.

“Sudah tiba masanya Muhyiddin dan kumpulan beliau menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” katanya.

Jelasnya, beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalam Umno.

“Perpecahan dalaman Pasukan Khas yang diamanahkan menyiasat penglibatan Najib kepada kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang ingin menyelamatkan Najib dan satu lagi ingin mendakwa Najib. Perkara ini disahkan dengan berita penamatan khidmat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Kedua adalah pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Najib,” katanya.

Tambah Mohamad, pihaknya memberi amaran kepada Najib supaya tidak mengambil peluang pergolakan dalaman Umno untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pemimpin-pemimpin pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau.

sh

KERANA 1MDB MUHYDDIN YASSIN DI PECAT...

 

Selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri beberapa jam lalu, Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini akhirnya membuka mulut.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” katanya.

Kecuali dalam isu 1MDB, beliau juga menegaskan selama berkhidmat, beliau sentiasa mendukung semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan perdana menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Muhyiddin

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari kabinet.

Najib berkata keputusan menggantikan Muhyiddin keputusan amat sukar, tetapi terpaksa dilakukan agar kabinet dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Pengguguran Muhyiddin itu dikaitkan banyak pihak, termasuk pemerhati politik, dengan kelantangannya mengulas isu sekitar syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB. 


mk

Selasa, Julai 28, 2015

HOT!! : SAH NAJIB TENDANG MUHYIDIN YASIN..

 

Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak berkata langkah beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang amat sukar.

Malah, Najib berkata keputusan tersebut dibuat demi kepentingan negara sekali gus mengambil kira pertimbangan politik semasa kini.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan jitu.

"Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang menteri dan seorang timbalan menteri serta perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara seperti dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13," katanya dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau mahu jemaah menteri bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu berbangkit agar dapat ditangani dengan berkesan.

Ujarnya lagi, selaku ketua pentadbir negara beliau bersedia menerima perbezaan pendapat dan kritikan namun ianya perlulah dibuat secara tertutup.

Tetap hargai bekas timbalan

"Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan.

"Namun, sebagai anggota kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama (collective responsibility) kabinet," katanya.

Pada sidang media itu juga Najib turut mengucapkan penghargaan kepada Muhyiddin serta beberapa pemimpin lain yang digugurkan dalam rombakan Kabinet hari ini.

Selain itu, Najib juga turut menyatakan keyakinan dengan adanya barisan kabinet baru.

"Insya-Allah, saya yakin kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat kerajaan menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada BN," tambahnya.

Perdana menteri juga memaklumkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.


mk

WAWANCARA : 'Saya hanya berhijrah', jawab Siti Mariah


Dr Siti Mariah Mahmud

Desas-desus khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Kota Raja, DR SITI MARIAH MAHMUD sudah keluar dari Pas bertiup kencang apabila namanya disebut-sebut antara wakil rakyat yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sekali gus meninggalkan parti yang disertainya sejak 22 tahun lalu. Ikuti wawancara bersama beliau.

Benarkah YB sudah lompat parti dan mengubah angin dalam perjuangan parti lain?

Saya bukan lompat parti, tetapi saya berhijrah ke parti yang benar-benar ingin perjuangkan Islam. Saya juga masih ahli Pas, bahkan hingga ke hari ini, saya belum terima sebarang surat pemecatan daripada pucuk pimpinan tertinggi Pas.

Saya memang sudah bergerak dalam Harapan Baru namun Harapan Baru belum terbentuk sebagai parti baharu...ia belum diluluskan sebagai sebuah parti malah saya sendiri masih bertanya ia diluluskan atau tidak.

Adalah kurang bijak bila ada orang bercakap yang saya sudah masuk parti baharu. Rumah pun belum siap...bagaimana saya nak pindah ke rumah baharu.

Apakah yang menyebabkan YB menyertai Harapan Baru?

Saya meneruskan hijrah ke Harapan Baru kerana ingin bawa isu semasa negara seperti isu 1MDB dan isu-isu politik yang sedang menghimpit rakyat. Harapan Baru lebih ke arah untuk membentuk parti Islam alternatif selain Pas dan kita nak hasilkan yang lebih eksklusif serta terbuka kepada semua kaum.

Alternatif yang saya maksudkan ini merujuk kepada sebelum ini di mana hubungan dalam PR terdiri parti Islam Pas-DAP-PKR begitu erat namun sejak hubungan Pas dan DAP terputus melalui muktamar dan seperti yang diputuskan Majlis Syura, nampak sangat Pas sudah tidak mahu bekerjasama dengan DAP lagi.

Jadi berlaku kelompangan dalam PR. Bagaimana kita hendak hadapi PRU14 bila Pas tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP? Di negeri pantai barat penerimaan kepada Pas agak berbeza dengan di Kelantan, jadi kita berhasrat hendak mengisi kelompangan itu. Rata-rata pengundi di sana marah, mereka bukan undi Pas semata-mata tetapi undi PR.

Apabila Harapan Baru akan bertukar menjadi sebuah parti, adakah YB akan mengisytiharkan keluar dari Pas?

Ya, secara jujurnya saya akan umum keluar dari Pas, hipokritlah saya bila Harapan Baru jadi parti, saya hanya suruh orang lain sertai sedangkan saya sendiri tak sertainya. Di sini saya nak jelaskan saya bukan lompat parti tetapi saya hendak teruskan perjuangan Islam dalam parti baharu yang lebih mesra, dan meletakkan Aulawiyat (keutamaaan) dalam perjuangan.

Adakah selama ini Pas tidak memperjuangkan Islam?

Saya akui Pas memperjuangkan Islam, namun sejak kebelakangan ini perjuangan mereka sudah tidak sama seperti dahulu...saya akan berikan penjelasan melalui risalah berkenaan perbezaan perjuangan itu agar rakyat lebih faham dan jelas kenapa saya mahu bersama dengan Harapan Baru.

Kita boleh lihat di Indonesia, berapa banyak parti Islam. Kita harus faham parti Islam bukan hak eksklusif. Bila PR berpecah susah untuk dapat sokongan daripada orang bukan Islam walhal kita berjuang sudah lama untuk sampai ke tahap sekarang bersama bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Apakah yang membezakan Pas dengan Harapan Baru?

Pas adalah wadah perjuangan Islam bukan matlamat, ia berbeza. Saya bukan hendak memperkecilkan peranan Pas...saya sayang pada Pas tetapi saya lebih sayangkan Islam.

Sekarang bila saya berkawan dengan orang bukan Muslim, saya boleh bercerita kepada mereka tentang malam lailatul qadar...dalam Harapan Baru kami akan perjelaskan perkara yang kurang jelas berkenaan Islam kepada orang bukan Islam. Ia pendekatan yang berbeza.

Apa pandangan YB apabila orang mentafsirkan Harapan Baru ditubuhkan untuk menentang Pas ekoran kekalahan beberapa pemimpin dalam pemilihan lalu?

Harapan Baru bukan hendak lawan Pas, sebenarnya kita kesal apabila dalam Pas, pendapat orang lain tidak boleh diterima pakai sedangkan hanya pendapat ulamak yang boleh diterima sampai kita lupa yang negara kita ada ustaz dan mufti.

Sejak kebelakangan ini, sikap itu sudah menjadi satu ketaksuban di kalangan ahli dan pemimpin Pas, saya nak katakan orang Pas memang ‘advance’ dalam siasah. Perbezaan dua aliran pemikiran iaitu ulamak dan profesional susah untuk dicantum semula walaupun pelbagai pendekatan sudah digunakan.

Sejak bila perpecahan dalam Pas berlaku?

Bukan perpecahan tetapi perbezaan pendapat itu bermula sudah lama dan ia lebih ketara pada PRU13 lalu yang mana berlaku perselisihan faham dalam pembahagian kerusi, isu Menteri Besar Selangor dan isu hudud. Di situ sudah nampak simptom atau gejala luaran, namun dari segi dalaman ramai orang tak tahu yang di dalam Pas memang tidak ada persefahaman.

sh

KECEWA DENGAN PAS..DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS MASUK HARAPAN BARU.

Kecewa punca DHPP Perak isytihar keluar Pas

IPOH - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Perak mengisytiharkan keluar daripada Pas sekali gus menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah.

Ketuanya, S Nelli Raja berkata, tindakan itu dibuat selepas kecewa dengan komitmen dan hala tuju yang dibawa oleh kepimpinan baru Pas di peringkat Pusat dan negeri.

“Kita sebulat suara pada hari ini (semalam) bahawa semua ahli jawatankuasa DHPP Perak peringkat negeri dan kawasan berhenti dan meletak jawatan daripada terus menyokong Pas.

“Tindakan ini juga dibuat selepas beberapa bekas pemimpin Pas Pusat dan negeri yang banyak berjuang untuk pihak kami disingkirkan daripada saf kepimpinan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Dialog Bersama Pimpinan #harapanbaru Bersama HarapanBaru Malaysia di Hotel Symphiny Suites, di sini, semalam.

Terdahulu, Nelli Raja mengumumkan pihaknya keluar daripada Pas di hadapan Pengerusi Harapan Baru, Mohammad Sabu dan lebih 500 peserta yang menghadiri sesi Dialog berkenaan.

Menurut beliau, keputusan untuk keluar daripada pas juga dibuat selepas pihaknya melakukan perbincangan dengan ke semua wakil DHPP Perak di peringkat negeri dan kawasan.

“Tindakan ini bukan secara membabi buta malah ianya telah dibuat perbincangan terlebih dahulu bersama pimpinan di peringkat kawasan dan negeri dan akhirnya inilah kata putus yang telah dipersetujui,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap Harapan Baru akan dapat bersama-sama PKR dan DAP membentuk pakatan baru bagi menakluki Putrajaya daripada genggaman BN.

“Pakatan baru ini memerlukan gandingan bersama PKR dan DAP selain kami yakin ia mampu menarik perhatian rakyat khususnya orang bukan Melayu dan Islam,” katanya.

sh

Isnin, Julai 27, 2015

HOT!! : NAJIB TERUS DITEKAN..

 

Ketika banyak pihak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas penggantungan penerbitan The Edge, anggota parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar ada teori berbeza.

Beliau percaya tindakan itu sebahagian konspirasi dalaman Umno untuk menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Najib demi menekannya supaya berundur.

“Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ia bergantung kepada sejauh mana pula pasukan khas siasatan kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib,” katanya.

The Edge Media Group pada 24 Julai mengumumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan dua akhbar terbitannya, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Penggantungan itu berkuat kuasa selama tiga bulan bermula 27 Julai dan disampaikan melalui sepucuk surat kementerian itu.

The Edge merancang mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan penggantungan itu dan menganggapnya sebagai usaha menutup mulut mereka susulan laporan berkaitan 1MDB.

KDN antaranya mendakwa tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap 1MDB yang berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Penggantungan itu ditentang meluas wartawan dan aktivis media bebas di negara ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz mendakwa konspirasi itu dibuat kerana kepimpinan Umno sendiri tidak mampu lagi mempertahankan dan melindungi Najib.

“KDN digunakan untuk tujuan tersebut kerana di kalangan pimpinan umno dan BN sudah tidak mampu mempertahan dan melindungi Najib apabila majoriti rakyat Malaysia mempercayai Najib sesungguhnya terlibat,” dakwanya.


mk

HOT!! : ORANG NO 2 UMNO SUDAH BIMBANG..

 

  Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa parti itu berdepan dengan krisis kepercayaan ekoran kontroversi firma pelaburan 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno bahagian Cheras malam tadi, Muhyiddin berkata jika pilihanraya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan ramalan beliau itu bukan satu bentuk kritikan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya bercakap yang benar. Jika parlimen dibubarkan esok, kita tak akan menang pilihan raya umum.

"Ada kajian yang dibuat mengatakan adalah sukar untuk kita menang pilihan raya umum," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, masih ada masa sebelum pilihan raya umum akan datang, namun sentimen (negatif) ada.

Muhyiddin berkata beliau hanya menyatakan tentang bagaimana persepsi terhadap parti itu. [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau.

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan BN sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang.

"Mesti ada penyelesaian muktamad... kalau tak selesai jadi beban... nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya.

Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya.

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh dipercepatkan.

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan... saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan.

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan.

"Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir) untuk mereka," katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian... kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara. 


 mk

Ahad, Julai 26, 2015

HOT!! : RAHSIA BESAR TERBONGKAR..KENAPA PR HANCUR..

 

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat

Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal yang amat sangat apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” ke atas parti lain.

Propaganda ini menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli Umno sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

Sebagai contoh, ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan pakatan baru pembangkang tidak mampu menggugat Umno. Beliau juga terus menyebarkan pembohongan bahawa gabungan baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai 'wali', mengulangi tuduhan Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” dalam hubungan “tuan dan hamba” dengan parti-parti politik lain.

Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dulunya hampir menjadi sebuah gabungan politik baru antara kekuatan-kekuatan politik yang hampir setara di kalangan parti yang menjadi anggotanya, berasaskan prinsip muafakat di mana setiap keputusan atau dasar Pakatan perlu dicapai menerusi muafakat ketiga-tiga parti komponen.

Tidak ada parti atau pemimpin memegang kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang telah dicapai secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen.

Justeru tindakan Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan dan prinsip muafakat ini, kerana mahu menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat, muncul krisis demi krisis dalam Pakatan, iaitu dengan:

1. Mencabul dasar Pakatan Rakyat untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya dengan meletakkan calon-calon PAS pada hari pencalonan untuk bertanding melawan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-13, menyebabkan Umno menang di semua kerusi terbabit.

2. Mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Mat Sabu bagi pihak Hadi, yang menetapkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

3. Melanggar janjinya sendiri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sebarang usul persendirian Ahli Parlimen Pakatan berkenaan pelaksanaan hudud akan terlebih dulu dibentangkan di hadapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Cita-cita Hadi untuk menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat melanggar prinsip asasi Pakatan sebagai sebuah gabungan antara parti-parti yang setara, dimeterai dengan prinsip muafakat dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Atas sebab inilah Hadi mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor kerana Azizah seorang wanita.

Malah, Hadi juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dari Pakatan Rakyat untuk kerusi Perdana Menteri.

Tidak berlebihan jika disebut bahawa Hadi adalah punca utama Pakatan Rakyat berkubur, bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa veto bukan saja ke atas Jawatankuasa Pusat PAS tetapi juga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Konsep politik Hadi, termasuk politik gabungan, sama sekali tidak serasi dengan demokrasi, pluralisme, hak asasi manusia, kepelbagaian budaya, hak wanita serta gagasan pembangunan dan kemodenan.

Saya telah sebutkan kelmarin bahawa terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB.

Namun, beliau tidak berhak berbohong dan berdusta tentang DAP demi matlamat politik barunya untuk menjadi sahabat sejati Najib yang sedang berdepan tuntutan untuk meletakkan jawatan, termasuk daripada khalayak Umno.

Setahun yang lalu, saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa jika ada usul untuk mengadakan undi terhadap Najib di Parlimen, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengundi tidak percaya.

Berlainan keadaannya hari ini. Apakah Hadi dan para pendukungnya akan sanggup membuat undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Hampir tidak mungkin, jika melihat kepada pembelaan luar biasa Hadi terhadap Najib.

Setahun yang lalu, tidak diragui lagi bahawa semua ahli parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, PKR, dan PAS akan seia-sekata menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban berkenaan skandal 1MDB. Apakah hari ini Hadi dan pengikutnya akan menyokong usul sedemikian di Parlimen?

Hadi boleh mengubah pendirian dan belang politik beliau untuk menjadi pembela Najib yang paling kuat, namun janganlah melakukannya dengan cara mengorbankan kebenaran, keadilan, dan kejujuran dengan mengulang-ulang pembohongan dan pendustaan yang disebarkan Umno berkenaan DAP.



LIM KIT SIANG ketua parlimen DAP dan MP Gelang Patah.

mk

Sabtu, Julai 25, 2015

Wakil rakyat PAS tak perlu letak jawatan - GHB

DZULKEFLY AHMAD

KUALA LUMPUR, 25 Julai:Gerakan Harapan Baru mempertahankan mana-mana wakil rakyat PAS yang mahu menyertai NGO itu agar tidak perlu meletakkan jawatan. 

Sinar Harian melaporkan Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kerana kemenangan mereka bukan hanya bersandarkan kepada tiket PAS semata-mata.

“Sebagai contoh, di kawasan itu ada 5,000 ahli PAS tetapi mereka menang dengan 9,000 undi. Ini bermakna yang menyokong mereka bukan sekadar ahli PAS, tetapi rakyat.
“Kita juga tidak tahu apa sebab sebenarnya mereka menyokong wakil rakyat itu. Ada calon diangkat sebab nama mereka sendiri, sebab parti dan lain-lain, jadi ada banyak faktor kemenangan mereka,” katanya.

Sebelum ini, terdapat banyak desakan daripada PAS agar ADUN dan ahli parlimennya yang mahu menyertai Harapan Baru supaya meletakkan jawatan.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilaporkan berkata, mereka perlu meletakkan jawatan bagi mengelakkan pendapatan syubhah.

GHB 3
Penubuhan Gerakan Harapan Baru bertujuan memperjuangkan pendekatan Islam yang inklusif dan membawa rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam. – Foto TRP/Mokhsin Zamani

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, peletakan jawatan perlu dilakukan segera bagi menghormati mandat diberikan pengundi di kawasan berkenaan.
Antara wakil rakyat yang sudah mengesahkan akan keluar PAS dan menyertai Harapan Baru setelah didaftarkan sebagai parti ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin.

Menurut Hasnul, beliau dimaklumkan terdapat lebih ramai ADUN dan ahli Parlimen akan menyertai Harapan Baru.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, tiada undang-undang yang mengatakan individu yang dipecat atau keluar parti perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

“Sebagai contoh, Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai wakil rakyat walaupun dilucutkan keahlian sebagai ahli PKR. Jadi tiada sebab untuk mereka letak jawatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuan utama penubuhan Harapan Baru ialah untuk memperjuangkan pendekatan Islam yang inklusif dan membawa rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Apabila PAS kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan terkuburnya PR, ini merupakan satu situasi yang mencemaskan umum. Ia bukan saja menjejaskan persepsi terhadap Pas tetapi Islam juga.

“Sekarang saya lebih khuatir kerana kita menyaksikan PAS hampir kembali kepada trend asalnya yang sangat keras,” katanya.

Beliau mendakwa, pendekatan inklusif gagal dilakukan oleh PAS dan hanya menjejaskan sokongan kepada parti itu, termasuklah ketika isu kalimah ALLAH dan hudud sedang hangat diperkatakan.

“Kami rasa pimpinan sedia ada tidak dapat teruskan unjuran ke situ. Jadi kami terpanggil untuk bawa satu wadah bagi membangunkan pendekatan Islam inklusif iaitu bukan untuk orang Islam saja.

“Daripada kajian, sokongan bukan Islam kepada parti lama kami sudah kurang daripada 10 peratus walaupun suatu ketika dulu pernah mencecah 70 hingga 80 peratus.

“Menang angka bukan segala-galanya tapi jangan kita lupa itulah kayu ukur sokongan pengundi dan rakyat kepada kita,” katanya.

trp

JAWAPAN BALAS KEPADA FATWA ULAMA PAS..

 

Walaupun bergelar ulama dan berstatus Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan 'fatwa' haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, wang yang diperolehi sebagai wakil rakyat sebahagiannya digunakan untuk membiayai keluarganya.

Kata anak bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berkata mengapa Haron beranggapan elaun diperolehinya haram apabila membuat pendirian menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan. Bagaimana (hukum) pendapatan mereka?

"Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan," kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.

Beliau berucap di majkus rumah terbuka hari raya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) di George Town, Pulau Pinang semalam.

Mujahid juga memberi contoh bagaimana beliau memenangi kerusi parlimen Parit Buntar dalam pilihan raya umum 2013 dengan memperoleh majoriti 8,000 undi.

Kata Mujahid, 80 peratus daripada pengundinya adalah komuniti China, 10 peratus India dan selebihnya Melayu.

PAS mempunyai kira-kira 4,000 di Parit Buntar.

"Jika kita tolak 4,000 ahli PAS, saya masih ada majoriti 4,000 undi. Di mana saya nak letak muka kalau mereka datang jumpa saya?" katanya.


mk

TERKINI!!! : FATWA ULAMA NO1 PAS..UTK PEMIMPIN HARAPAN BARU..

Haron Din

SHAH ALAM - Wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

Ini kerana menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.

"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Jelasnya, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

sh

Jumaat, Julai 24, 2015

HOT!! : DULU PAS...SEKARANG HARAPAN BARU KUDA TUNGGANGAN DAP PULA KAH KAH KAH...

Mustapha Yaakub

SHAH ALAM - Veteran Umno mendakwa Gerakan Harapan Baru hanya akan menjadi alat dan kuda tunggangan DAP dalam usaha mereka menghancurkan kuasa Melayu di negara ini.



Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata namun,  beliau yakin pengundi dan penyokong Pas  tidak akan menggadai maruah dan dasar perjuangan ulama dengan menyokong Harapan Baru.

“Veteran Umno tidak nampak Harapan Baru boleh menggantikan Pas. Seperti Semangat 46 yang lahir dari serpihan Umno, maka begitu juga Harapan Baru yang menjadi parti serpihan Pas.

“Semangat 46 mampu bertahan beberapa tahun dengan talian hayat dari Pas dan akhirnya dibubarkan. Begitu juga dengan Harapan Baru yang akan hidup dengan ihsan dan talian hayat dari DAP tidak akan bertahan lama dan akan terkubur.



“Harapan Baru hanya menaruh harapan kepada DAP untuk berkongsi memerintah Pulau Pinang. DAP pula mengharapkan Harapan Baru dapat memenangi kerusi Dun yang sekarang dimenangi Pas  di samping mengharapkan Harapan Baru mempengaruhi undi Melayu di kawasan yang calon DAP bertanding,” katanya.

sh

HARAPAN BARU TERUS MAJU..TAHNIAH!!


Dr Ismail terajui Harapan Baru Kedah‎

ALOR SETAR - Bekas Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah penggal lalu (2013-2015), Datuk Dr Ismail Salleh menerajui Harapan Baru di Kedah apabila dilantik sebagai Pengerusi gerakan itu.

Dr Ismail yang juga bekas Adun Alor Mengkudu dan bekas Yang Dipertua Pas kawasan Alor Setar mengesahkan, lantikan dibuat sebulan lalu oleh Harapan Baru walaupun masih di peringkat penaja.

“Kami masih menyusun gerak kerja sebelum adakan pelancaran secara rasmi pada 22 Ogos sempena Gelombang Harapan Baru Kedah, yang akan diadakan di Sungai Lalang, Sungai Petani,” katanya kepada Sinar harian.

‎Pelantikan itu bagaikan tamparan hebat buat Pas Kedah, apabila bekas Exco kerajaan negeri PR itu secara terang-terangan mengisytiharkan diri sebagai penggerak utama Harapan Baru di Kedah.
          
Dr Ismail sebelum ini terpalit dengan krisis Exco 2012 bersama Datuk Phahrolrazi Zawawi yang kini Presiden Pasma, yang secara terbuka menyatakan tidak sehaluan dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak ekoran perbezaan pendapat dalam menangani isu-isu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin itu kini tidak lagi memegang jawatan penting dalam barisan kabinet Pas Kedah, sebaliknya masih kekal sebagai ahli Pas.
      
Biarpun kini beralih arah, Dr Ismail yakin maklum balas terhadap gerakan baru ini memberangsangkan.

“Gelombang positif yang diterima di Perlis dan Kelantan baru-baru ini akan sampai ke Kedah. Sasaran kita bukan fokus pada ahli Pas semata-mata, kita sasarkan orang ramai yang mahu bersama dalam perjuangan kami,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan akan ada ahli Pas Kedah keluar parti beramai-ramai dan menyatakan sokongan kepada Harapan Baru, Dr Ismail berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia berlaku secara sukarela dan bukan paksaan.

“Harapan Baru diwujudkan untuk menjadi penyambung kepada PR 2.0 berikutan PR sedia ada sudah berkubur sebaik sahaja Pas memutuskan usul putus hubungan dengan DAP pada muktamar lalu. Kami bersedia ambil alih tempat Pas dalam PR, sebab Pas yang menolak kerjasama itu,” katanya.

Menurutnya, undi yang diberikan rakyat kepada PR pada PRU lalu sebanyak 52 peratus tidak wajar disia-siakan, namun harapan itu musnah apabila PR berkecai.

“Jambatan baru iaitu PR 2.0 mesti dibina semula untuk tidak menghampakan rakyat dan Harapan Baru adalah satu daripada tiang baru PR 2.0. Penubuhan parti baru berasaskan gerakan ini adalah tuntutan majoriti rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia dikecam gara-gara menyertai gerakan ini, selepas terpalit kontroversi sebelum ini, katanya, pihak luar yang memberi gelaran itu.

“Saya tidak melabel diri saya pencetus kontroversi. Apa yang berlaku sebelum ini adalah pertembungan dua pemikiran yang berbeza dalam parti, seterusnya menyaksikan kami ‘dihalau’ apabila tidak terpilih dalam pemilihan parti, sedangkan kami masih diterima rakyat,” katanya.

Menurutnya, beliau akan meneruskan perjuangan politik bersama Harapan Baru kerana mahu mengubah lanskap politik yang perlukan pembaharuan.

“Saya tidak akan bersara dari dunia politik kerana jiwa saya orang politik.

Saya sekadar ubah haluan dan teruskan perjuangan bersama Harapan Baru,” kata ahli Pas seumur hidup kawasan Alor Setar ini.

Mengulas mengenai keahliannya dalam Pas, katanya, beliau tidak akan keluar parti sebaliknya membiarkan keahlian gugur secara automatik apabila secara sah menyertai parti baru 14 september depan.

sh

Khamis, Julai 23, 2015

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA...

 Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Harapan Baru menyambut baik kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi reaksi positif terhadap penubuhan PR 2.0.

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat parti itu untuk menghidupkan semula kerjasama politik antara parti politik pembangkang, NGO dan rakyat selepas terkuburnya PR.

"Harapan Baru mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berhubung penubuhan permuafakatan politik baru seperti yang dilaporkan hari ini.

"Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat Harapan Baru yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas PR terkubur," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengakui DAP sudah memulakan rundingan untuk membentuk gabungan baharu bagi menggantikan PR.
Namun kata lagi, pembentukan PR 2.0 mengecualikan Pas susulan tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama PR yang dipersetujui sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu juga berkata, pembentukan gabungan baharu itu sangat kritikal pada masa ini kerana kegagalan pentadbiran Umno dan BN.

"Harapan Baru juga mahu meyeru kepada seluruh rakyat negara ini, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama, untuk bergerak bersama kami dan muafakat baru ini bagi menyelamatkan negara ini," katanya lagi.

sh

HOT!! : PAKATAN RAKYAT 2.0 SEDANG DI BENTUK UNTUK RAKYAT MALAYSIA..

 

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu.


mk

PAKATAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA - ANWAR

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan usaha mewujudkan permuafatakatan politik yang lebih utuh bersama pelbagai NGO progresif termasuk Gerakan Harapan Baru demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.

Menurutnya, negara kini terus berada dalam krisis yang semakin teruk termasuk nilai ringgit yang merudum, dakwaan rasuah dan skandal kewangan yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi, walaupun kerajaan BN terus menafikannya.

"Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita," tegasnya dalam satu perutusannya melalui peguamnya.

"Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

"Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya mengetepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain sebaliknya memberikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.


mk

Rabu, Julai 22, 2015

ISU BAIAH : YB KHALIB SAMAD CABAR PAS PUSAT..

 Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR - Bai'ah atau sumpah janji setia bukan satu masalah besar kepada kumpulan progresif Pas yang menyertai parti baharu, Harapan Baru (HB).

Demikian kata Ahli Jawatankuasanya, Khalid Samad sambil mengulangi desakannya supaya Pas Pusat mengeluarkan pendirian rasmi mengenai perkara itu.

"Bai'ah bagi kami ianya tidak merupakan satu masalah dan saya berkali-kali mengharapkan Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat dan satu pendirian yang rasmi dikeluarkan.

"Sekarang ini banyak sangat pandangan dan pendirian (pemimpin Pas), biar ada pandangan rasmi, kemudian mereka kena hantar surat kepada kami dan kami akan respon setelah menerima surat itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semalam yang mengingatkan wakil rakyat Pas bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah jika berhasrat meninggalkan parti.

Katanya, calon atau wakil rakyat Pas telah menerima amanah daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama parti Islam itu.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat Pas yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

sh

HOT!! : LAGI PENDEDAHAN TERKINI RAFIZI RAMLI...


Image result for rafizi ramli


Saya merujuk kepada laporan The Malaymail Online mengenai tuduhan yang dibuat Lester Melanyi tentang kewujudan seorang jurugrafik pakar bernama James Steward Stephen yang kononnya bertanggungjawab membuat dokumen palsu mengenai 1MDB yang digunakan oleh Sarawak Report.

Walau bagaimana pun, pada hari ini The Malaymail Online telah mendedahkan bahawa orang yang dituduh itu (James Steward) yang mana gambarnya turut disiarkan di dalam video pengakuan Lester Melanyi rupa-rupanya seorang pengurus rangkaian keretapi di United Kingdom yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh wakil majikan beliau sendiri seperti dilaporkan oleh The Malaymail Online http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sarawak-report-accusers-video-used-photo-of-uk-rail-service-manager
Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawa pengakuan yang dibuat oleh Lester Melanyi adalah palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya setelah dia sendiri mengakui menerima wang untuk menghasilkan video tersebut.

Ia juga menjadi satu tamparan dan pengajaran kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri yang tampil ke hadapan kononnya mendedahkan perkara ini. Setelah dibuktikan bahawa kredibiliti Lester Melanyi diragui terutamanya berikutan rekodnya menyiarkan kartun Rasulullah sehingga menyebabkan akhbar Sarawak Tribune ditutup, Datuk Abdul Rahman Dahlan masih bertegas mempertahankan kononnya berita yang dibawa Lester Melanyi itu betul walaupun sebagai seorang individu Lester Melanyi tidak mempunyai kredibiliti.

Dengan pendedahan pada hari ini bahawa dakwaan Lester Melanyi tentang kewujudan seorang jurugrafik pakar yang membuat dokumen palsu itu rekaan Lester Melanyi semata-mata, wajarlah Datuk Abdul Rahman Dahlan tampil meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana beliau sendiri membawa berita palsu yang tidak disemak kesahihannya untuk mengelirukan rakyat mengenai skandal 1MDB.

Saya juga percaya bahawa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar Lester Melanyi untuk menyebarkan tuduhan palsu kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


Surat Terbuka Kepada Bukan Islam

 Image result for no muslim sokong pasImage result for no muslim sokong pas
ramziredang

Tuan tuan Semua, Sedih dan rindunya bila terkenang saat saat tuan tuan yang bukan Islam mesra dengan kami. Kami juga terkenang kenangan indah ketika tuan tuan semua tanpa segan silu memakai baju berlambangkan PAS. Kami gembira sambil mengalir airmata bila melihat dari kalangan tuan tuan yang bukan islam, memanjat tiang untuk memasang bendera PAS. Saat itu terasa, antara anda dan kami sudah tidak ada lagi benteng yang memisahkan kita, kemesraan kita memang lahir dari lubuk hati yang paling ikhlas. Tetapi maafkan kami, tanpa kami sendiri duga, pemimpin kami sendiri yang merosakkan segalanya. Maafkan kami tuan

Maafkan kami tuan,

Kami sendiri bingung dan seolah putus harapan, kekadang mengeluh sendiri kenapa keadaan sekarang telah berlaku dek permainan pemimpin pemimpin jijik yang menggunakan agama sebagai alat jualan. Ke mana kami sahaja kami pergi sekarang, kami mendengar berulang ulang ucapan tuan tuan, :"tidak akan percaya lagi kepada PAS", Senyuman kami yang inginkan kemesraan dulu telah dibalas dengan senyuman hambar dari tuan tuan, maafkan kami tuan.

Maafkan kami tuan,

 Jika diingat kembali, pernah satu masa kami merasa sangat gembira. Ketika RoS memainkan peranan jahat untuk mengharamkan DAP, kami merasa sangat dihargai bila DAP ingin menggunakan lambang PAS jika seandainya RoS memang menjalankan agenda jahatnya. Walaupaun iannya tidak berlaku dan tidak sempat DAP menggunakan logo PAS, tetapi kami rasa sangat dipercayai dan dihargai. Terimakasih kami ucapkan atas kepercayaan tersebut.

 Maafkan kami tuan,

Tetapi keadaan sekarang telah berlaku sebaliknya. Tuan tuan telah hilang kepercayaan kepada kami kerana perbuatan perbuatan yang melanggari janji dan tuduhan jahat setengah dari pemimpin kami. Harap tuan jangan letakkan keburukan itu dengan merumus secara total itu adalah KEBURUKAN ISLAM. Itu hanya perangai jahat manusia yang sentiasa ada di dalam kelompok manapun.

Maafkan kami tuan,

Kami juga terasa malu dengan perangai mereka. Mereka menyuburkan fitnah fitnah. Adu domba sesama sendiri. Jatuh menjatuhkan sesama pemimpin. Hinggakan membuat tuan tuan keliru dan bertanya, "inikah ajaran Islam?"

Kami faham, tuan tuan sendiri juga mengikuti dengan dekat segala majlis, contohnya seperti multaqa ulama, yang jelas digunakan sebagai platform untuk mengeji sesama sendiri dan melabel gelaran syaitan dan sebagainya sesama pemimpin kami. Malah kami sendiri sedih kerana ianya datang dari puak yang tertinggi di kalangan kami yang dipanggil 'ulama' Namun perlu disebutkan juga kepada tuan tuan, dalam Islam ada dua ulama, ulama su' dan ulama sebenar.

Kami juga mengerti bahawa tuan binggung, baru pertama kali dalam sejarah perhimpunan parti yang ada 'boo' terhadap pemimpin sendiri dan doa laknat terhadap pemimpin sendiri.

Toh...lihatlah tuan tuan, fahamilah, sesama kami sendiripun mereka(pemimpin pemimpin jahat ini) buat terhadap sesama kami sendiri. Jadi harap tuan tidak kaitkan keburukan perangai mereka itu seolah olah itu adalah KEBURUKAN ISLAM. Bukan salah kami, tetapi salah mereka, maafkan kami tuan.

Maafkan kami tuan.

Kami belum sempat menyebarkan lebih banyak lagi kehebatan dan kebaikan Islam kepada tuan tuan. Peluang kami telah terhenti di pertengahan jalan dek sebab perangai pemimpin yang perangai jahat macam mereka.

Kami ingin nyatakan lagi kepada tuan, Islam sangat indah dan penuh rahmat untuk sekalian alam. Insya Allah jika diberi peluang, kami akan buktikan sekali lagi kepada tuan tuan. Maafkan kami tuan, Kami ingin membawa tuan mengenali Islam dengan lebih dekat. Kami ingin paparkan kemurniannya. Untuk itu, pada masa kotemporari sekarang, kami ingin tuan merujuk kepada MIM Brothers atau Rice and Roses Pulau Pinang (harap tuan tuan boleh google dan lihatlah keindahan yang ingin disampaikan oleh saudara saudara kami). Mereka selalu berbahagi rezeki di lebuh aceh kepada semua orang tidak mengira kaum.

Maafkan kami tuan,

Kami ingin memohon satu lagi peluang, untuk membina kembali kepercayaan dari tuan tuan. Kami akan bergerak melalui GERAKAN HARAPAN BARU menggantikan PAS yang sudah hilang kemurniaan Islam. Kami harap, dengan HARAPAN BARU ini, kasih sayang kita akan bertaut kembali. Kami harap kita akan dapat semula berganding bahu. KIta runtuhkan kembali bentang pemisah yang sering di bina oleh musuh yang memang tidak ingin melihat kita bersatu. Musuh kita sering menyebut tentang 'kaum' tetapi marilah kita bina satu bangsa, bangsa malaysia. Jika kita bisa bersatu kembali, maka itu adalah satu berita sedih buat mereka.

Maafkan kami tuan,

Kami ingin memberitahu, setengah dari pemimpin kami yang mulia dan bertungkus lumus berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira batasan kaum, telah juga dipinggirkan oleh mereka. Namun rasa kebertanggungjawaban tidak harus terhenti setakat dipinggirkan. Mereka tetap ingin meneruskan khidmat tanpa batas. Lalu mereka membawa satu wadah baru diberinama GERAKAN HARAPAN BARU.

GERAKAN HARAPAN BARU ingin membuktikan kepada tuan tuan, bahawa islam adalah rahmat untuk semua. Kami tidak akan lagi menyebut tentang kaum. Antara kita adalah bersaudara. Dalam agama kami Islam, memang tanggungjawab kami membela semua orang. Kami akan ditanya di akhirat nanti tentang amanah kami..bagaimana kami menjaga tuan tuan. Kami akan disoal tiap satunya.

Malah dalam keadaan kita semua tertindas oleh kezaliman yang sangat dahsyat sekarang, tanggungjawab kami lebih tinggi dan lebih besar dari dulu. Kami akan disoal apakah kami redha dengan kezaliman? Apakah kami berdiam dengan kezaliman? Apakah kami berlembut dengan kezaliman? Semuanya akan ditanya bila kami mati. Kerana Islam adalah agama keadilan.

Maafkan kami tuan,

Harapan kami semua, semoga tuan tuan dapat memberi kepercayaan kepada GERAKAN HARAPAN BARU. Kerana cita cita kami sedang berkobar untuk memuliakan kemurniaan ISLAM UNTUK SEMUA. Berilah kami peluang dan kepercayaan sekali lagi.

Biarkan mereka mereka yang dulu dilamun dengan permainan jahat mereka sendiri. Kita semua harus bergerak. Kita semua tidak ada masa untuk menoleh. Kita tidak ada masa untuk merasa kecewa. Kita semua tidak ada masa untuk melayan tuduhan tuduhan remeh.

Kita semua harus melangkah terus ke depan Kami tidak mampu melangkah sendirian. Tuan tuan juga tidak mampu melangkah sendiri. Mari kita berganding langkah menerajang segala kebobrokan dalam negara kita. Demi kebaikan anak cucu kita. Kemaafan dari tuan tuan, akan memberi nafas gagah untuk GERAKAN HARAPAN BARU.

Maafkan kami tuan.

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive