Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 11, 2015

YB RAFIZI RAMLI RAMAL RINGGIT AKAN NAIK JIKA......

Rafizi Ramli

SUNGAI BULOH – Pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri didakwa bakal mengembalikan nilai ringgit yang terus jatuh sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pelabur dari dalam dan luar negara menarik kembali pelaburan mereka kerana tidak lagi yakin dengan ekonomi negara susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya sendiri yakin, kalau Datuk Seri Najib letak jawatan dan ada seorang perdana menteri peralihan, mata wang kita akan naik balik kerana salah satu sebab utama jatuhnya mata wang kita ialah pelabur asing tidak yakin lagi dengan Malaysia. Mereka tarik balik semua wang mereka...saham, simpan duit, pegangan syarikat, mereka jual semua.

“Lambakan jualan ringgit inilah mengakibatkan ringgit jatuh mendadak sebab mereka mahu dapatkan balik dolar mereka. Bagi saya, kalaulah beliau cuti atau letak jawatan sahaja, nilai ringgit Malaysia akan naik balik. Itu mungkin jasa beliau yang boleh dibuat sekarang,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, hari ini.

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun, 6 Ogos lalu di mana ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 berbanding dolar daripada 3.8760/8790.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit ditutup paling rendah sejak 17 tahun]

Menurut Rafizi yang juga Setiausaha Agung parti itu, skandal 1MDB menjadi kunci kepada kenaikan nilai ringgit dan meraih kembali keyakinan pelabur antarabangsa.

“Beliau (Najib) cuba meyakinkan rakyat sesuatu yang rakyat tidak akan terima. Jadi, sudah tentu kesannya besar kepada rakyat sekarang.

“Selagi isu 1MDB tidak diselesaikan, selagi itu pelabur antarabangsa akan bagi amaran supaya jangan dekat dengan Malaysia. Ditambah pula dalam keadaan prospek ekonomi negara sedang malap (dan) krisis keyakinan terhadap perdana menteri, mana-mana pelabur asing malah pelabur Malaysia juga akan tarik pelaburan mereka dan letak di negara lain,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...