Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau rela
menerima nasib sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin jika tindakannya
mempertikaikan pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) tidak disenangi kerajaan.
Menurut beliau, berdasarkan pendirian sesuatu yang benar mesti dipertahankan.
Tambahan pula, katanya, pertukaran dua pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu berlaku tanpa pengetahuan kabinet.
Ahli Parlimen Rembau berkata, pertukaran itu berlaku selepas mesyuarat kabinet.
"Jadi mana kita tahu. Kita pun tak tahu," kata Khairy di sidang media
selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan wanita, pemuda dan
puteri Umno bahagian Klang, hari ini.
Khairy menambah, sekiranya berpeluang beliau akan membawa sendiri isu
itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamza selepas ini.
"Saya akan tanya dia (Ali Hamza), kenapa ini berlaku? Adakah sesuai
untuk membuat pertukaran ini dalam situasi sekarang?" katanya.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menegaskan SPRM mesti diberi kebebasan
untuk menjalankan tugas tanpa sebarang sekatan atau ugutan.
Semalam Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan ke
Jabatan Perdana Menteri dalam pertukaran mengejutkan banyak pihak.
Kata tiada masalah, orang akan gelak
Pengumuman itu dibuat ketika SPRM berdepan siasatan polis berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat kerajaan.
Pada masa sama SPRM sedang menjalankan siasatan kes berprofil amat tinggi kerana membabitkan perdana menteri secara langsung.
Sementara itu, Khairy menyeru ahli Umno supaya berani untuk bangkit bersuara jika mendapati parti itu bermasalah.
Katanya, suara itu boleh disampaikan melalui mesyuarat perwakilan.
"Saya rasa kalau kita tak sebut kita ada masalah, orang akan gelakkan
kita, sebab satu dunia tahu kita hadapi keadaan politik yang sangat
mencabar pada hari ini.
"Ahli umno bangkitlah. Jangan cakap tak ada masalah. Bersama-sama
bangkit untuk cari penyelesaian dan kembalikan maruah Umno," katanya.
Khairy berpendapat Umno hari ini menghadapi krisis kepercayaan apabila rakyat semakin tidak yakin kepada parti berkenaan.
Katanya, pemimpin Umno tidak dapat menyelesaikan masalah jika akar umbi tidak bersuara untuk menyatakan hakikat parti itu.
mk
Senarai Blog...Geng
-
Lagi kes haruan makan anak
-
Bapa ditahan didakwa ‘noda’ anak kandung sejak 5 tahun laluMOHD. FAHMI
ISMAILKUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan polis selepas
disyaki m...
2 jam yang lalu
-
Sihir politik dalam pilihan raya Johor
-
*SPEKULASI*
KURANG 100 jam sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri (Pirane) Johor,
suasananya masih penuh teka-teki. Di atas kertas, ia dilihat bakal ...
8 jam yang lalu
-
-
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang
Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000
-
*KUANTAN: *Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum cecair
(LPG) ta...
Sehari yang lalu
-
Penerangan tentang TONE WOW PARLIMEN MALAYSIA
-
@amrinor88 Listen to this... Follow for more! #tiktoklive #livehighlights ♬
original sound - DaPor SuRi
Seminggu yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR
-
Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu
memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat
malapetaka ...
4 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI
-
#SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam
Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham
Islam ya...
4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2
-
Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat
MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas....
Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...
4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
-
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur
pagi t...
5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia
-
*Video courtesy of IBR Asia Group*
*-The office of MP for Shah Alam-*
www.khalidsamad.com
7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang y...
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...