Ketegangan antara PAS Kuala Terengganu dengan anggota parlimen mereka
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyertai Gerakan Harapan
Baru (GBH) terus berpanjangan.
Ia hari ini dilihat memasuki episod baru apabila akar umbi PAS
memberikan kata dua kepada Kamarul Bahrin supaya memohon maaf dan
memutuskan hubungan dengan GBH.

“Jika
sekiranya Datuk Raja Kamarul Bahrin masih gagal berbuat demikian dalam
tempoh yang diberikan maka akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan
Kuala Terengganu sebulat suara menuntut Datuk Raja Kamarul Bahrin
meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu dengan
serta-merta,” kata Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan
Abdullah.
PAS Kuala Terengganu Ahad lalu secara rasmi memutuskan sebarang
kerjasama dengan Kamarul Bahrin selepas beliau dikatakan mengisytiharkan
diri sebagai pengerusi GHB negeri.
Raja Bahrin bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat apa-apa
keputusan tetapi dukacita dengan tindakan PAS itu kerana ia diumumkan
sebelum majlis rumah terbuka hari rayanya.
Penentangan keras akar umbi PAS itu dilihat berlaku memandangkan
Terengganu merupakan kubu kuat PAS dan negeri kelahiran presidennya
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menetap di Marang.
Semalam, PAS negeri menerima tamparan awal apabila bapa saudara kepada
sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail
mengumumkan keluar parti kerana tidak puas hati dengan kekalahan
kumpulan progresif dalam pemilihan parti.
Hadi beri penjelasan
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, PAS Kuala Terengganu berkata
keputusan itu dibincangkan dalam perbincangan tergempar di Kuala
Terengganu semalam yang dikatakan dihadiri lebih 1,000 orang.
Wan
Sukari berkata, keputusan itu disokong penuh akar umbi, aktivis dan
kepimpinan PAS akar umbi bagi mengelakkan “masalah GHB dan
ketidakpatuhan kepada arahan pimpinan” merebak.
“PAS kawasan Kuala Terengganu sama sekali tidak bertolak ansur dalam
prinsip menjunjung disiplin parti sebagai asas kekuatan perjuangan,”
katanya.
Mereka juga akan menghantar laporan lengkap kepada PAS Pusat selaras
dengan arahan berhubung isu GHB bagi membolehkan tindakan selanjutnya
diambil oleh.
Sementara itu, Wan Sukairi juga berkata terdapat juga pertemuan dengan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah sudi memberikan
penjelasan terhadap pelbagai isu serta menjawab soalan peserta.
mk
Senarai Blog...Geng
-
'Beri kami rumah, baru kami pindah' - Penduduk Kg Peel, Kuala Lumpur
-
Penduduk Kampung Peel, di Parlimen Titiwangsa, memohon kerajaan memberikan
mereka rumah PPR sebelum merobohkan penempatan sedia ada yang berusia 65
t...
6 minit yang lalu
-
Bekas hakim mahkamah syariah, bekas pemimpin PAS sertai PKR
-
Malaysiakini Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penyertaan 15
individu termasuk bekas hakim mahkamah Syariah dan beberapa bekas pemimpin
PAS ...
34 minit yang lalu
-
Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche?
-
Meskipun pernah dipenjara selama lima tahun kerana terlibat dalam sindiket
pengedaran dadah, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk masih tetap
deng...
2 jam yang lalu
-
APA KATA JIKA ANWAR PUN MENGGUNA HUJAH YANG SAMA TENTANG ‘VIDEO HAZIQ?’
-
Ketua Penerangan PN, Azmin Ali melahirkan keyakinan rakaman audio yang
bocor yang dikatakan perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi
dengan Pre...
8 jam yang lalu
-
COVID-19: Sebanyak 1,739 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
-
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan 1,739 kes baharu Covid-19 dan
lapan kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,...
15 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka
-
*Bab Ketiga*
*PROLOG KEMATIAN*
SEJAK kita mula mengenali hidup dan mengetahui perjalanan sebuah kehidupan
akan berakhir dengan sebuah kematian, kita di...
Sehari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
-
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur
pagi t...
3 minggu yang lalu
-
-
Susu NILOFA
-
*Ada berminat nak beli KLIK SINI*
Sebulan yang lalu
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN.
-
Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg
kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan
kewangan...
5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia
-
*WaLlahu 'Alam*
*KHALID SAMAD*
www.khalidsamad.com
10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan
-
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM
1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. J...
3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang yan...
3 tahun yang lalu
RKB wajar letak jwtn dgn segera, jgn mkn duit haram..kami sokong ulamak, tolak biawak (ghb)
BalasPadam