Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 13, 2015

ABANG MAT SABU JAWAB FITNAH...KEPADA HARAPAN BARU.

 Mat Sabu jawab isu Harapan Baru ditaja DAP
SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru tiada masalah bergerak sendiri walaupun terpaksa berdepan masalah kewangan.

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, sehubungan itu dakwaan bahawa NGO itu menerima dana daripada pihak tertentu termasuk DAP adalah satu pembohongan nyata.

“Hanya orang yang bankrap politik saja cakap begitu (Harapan Baru ditaja DAP). Ada yang tanya bagaimana Harapan Baru bergerak? Kami dulu (dalam Pas) bergerak macam mana?

“Kalau dulu (bergerak), ada orang  yang tolong bayar duit minyak, ada yang beri tempat tinggal. Malah, kami ada yang terpaksa keluar duit sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini,  terdapat dakwaan mengatakan penubuhan Harapan Baru ditaja sepenuhnya oleh DAP selepas Pas memutuskan hubungan dengan parti itu pada Jun lalu.

Bagaimanapun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan perkara itu kerana DAP sendiri memerlukan dana dan bersedia menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, situasi dihadapi pemimpin Harapan Baru untuk membangunkan gerakan itu adalah lebih sukar berbanding ketika mereka masih bersama Pas.

“Kami... isteri kami tahu macam mana hidup dari parti yang miskin (Pas) ke parti yang lebih miskin. 
"Lebih teruk sekarang ini hinggakan bawah mata saya naik hitam kerana tak cukup tidur,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan proses pendaftaran Harapan Baru sebagai parti politik, beliau berkata, pihaknya masih menunggu tarikh dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“ROS masih belum beri kata putus. Sama ada cepat atau lambat, kita serahkan kepada jawatankuasa ROS.
“Tetapi kita sifatkan kerjasama yang diberikan oleh ROS setakat ini sangat baik,” katanya.


sh


2 ulasan:

  1. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
  2. Inilah JAGOAN DAP...mungkin BALACI DAP jugak...setiap ceramah...ampu dan pertahan DAP cukup2....yalaaahhh dapat HABUAN dr DAP Penang.kaaannn...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...