Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Ogos 21, 2015

UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB PKR SOKONG...

 Datuk Johari Abdul
SHAH ALAM – PKR sedia menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya usul itu dibawa ke Parlimen.

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, menurunkan Perdana Menteri yang gagal membela nasib rakyat adalah tugas pembangkang.
“Ya, itu memang tugas kita untuk jatuhkan pemimpin BN yang bebankan rakyat. Ya, saya akan sokong,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, terdapat kumpulan di dalam dan luar Umno yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri melalui undi tidak percaya.

  http://rm20segera.com/?r=te2u
Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, Najib berdepan dengan defisit kepercayaan yang teruk dan beliau patut menyedari hal itu.

“Sudah jelas sekali beliau berdepan dengan masalah kepercayaan rakyat hari ini. Saya juga mengajak pemimpin BN yang lain agar tidak ragu melakukan hal (undi tidak percaya) yang sama,” katanya.
Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, kemerosotan ekonomi dan mata wang negara antara contoh kegagalan Perdana Menteri hari ini.

“Kalau ada saya akan sokong, kepimpinan hari ini perlu ditukar. Saya harap pemimpin BN yang lain juga berani nyatakan pendirian kerana tak mungkin dengan 88 ahli Parlimen Pembangkang kita boleh turunkan Najib,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas juga sedia menyokong usul itu serta berharap pihak berkuasa tidak menggunakan Seksyen 124B kepada pemimpin pembangkang sahaja dan perlu segera menyiasat 20 ahli Parlimen BN yang didakwa terlibat untuk menggulingkan kerajaan.

sh


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...