Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 20, 2015

PAS KOTA RAJA LUMPUH..

 Pimpinan Pas Kota Raja pula letak jawatan
KLANG - Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Naib Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud antara 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kota Raja yang mengumumkan peletakan jawatan secara rasmi dan menyertai gerakan Harapan Baharu (Harapan Baru) dalam satu Sidang Media di Pejabatnya, di Taman Sentosa, Kota Raja di sini hari ini.
Selain Siti Mariah, YDP Pas Kawasan Kota Raja, Jaafar Shamsuddin dan Timbalan YDP, NorHalim Sirome turut meletak jawatan.
Jaafar berkata, peletakan jawatan itu turut melibatkan sembilan Ketua Pas Cawangan daripada 38 Cawangan Pas beserta AJK Cawangan di kawasan Kota Raja.
Menurutnya lagi, kesemua 22 ketua cawangan dan AJK cawangan dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) turut mengambil langkah yang sama.
"Mengambil kira jumlah AJK Pas kawasan, AJK cawangan, DHPP serta sub komiti ia melibatkan kira-kira 183 orang menyertai Harapan Baru pada kali ini.
  http://rm20segera.com/?r=te2u
"Kami memilih Harapan Baru sebagai langkah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bagi seluruh rakyat di kawasan ini.
"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak atas wadah baru perlu meletak jawatan," katanya.
Menurutnya, dengan penuh rasa tanggungjawab pihaknya dan kesemua terlibat merasakan peletakan jawatan ini bagi memudahkan AJK yang masih bersama Pas dapat menjalankan tugas atau aktiviti di sini.
"Kami ingin pastikan bahawa kehadiran Harapan Baru Kota Raja adalah bagi meneruskan perhubungan bersama rakan-rakan PKR-DAP dan semua kaum sesuai dengan kehendak Islam.
"Kami tak bermusuh dengan Pas malah mereka adalah sahabat dan kami sentiasa buka ruang persahabatan untuk merapatkan ukhwah," katanya.
sh

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. diharap cawangan2 lain di seluruh negara yg menyokong GHB mengambil tindakan yg sama.. tepat seperti yg TGHA sarankan bahawa ini satu proses pembersihan atau penyaringan.. kini kami majoriti dalam PAS sudah mula mendapat semangat baru serta tidak lagi terasa janggal kerana sebelum ini terpaksa tidor di atas sebuah katil yg mempunyai musuh dalam selimut... fuuuuhhh lega beb..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...