Senarai Blog...Geng

Rabu, Ogos 12, 2015

HOT!! : KHALID AL-WALID MALAYSIA DI TEMUI..DALAM HARAPAN BARU

Image result for khalid al walid 

Fastabiqul Khairat 

Saya telah menerima email kiriman seorang hamba Allah yang kandungannya adalah seperti di bawah. Balasan kepada email tersebut saya kongsikan disini agar dapat dimanafaatkan oleh mereka yang berpandangan sama.


Fikirlah dgn bijaksana sesuai dgn ilmu sdr. Sejauh mna parti baru mampu menggugat? Jika sekadar kecewa maka sama seperti S46 dulu mmg dpt sambutan ahli2 umno pro ku li tetapi akhirnya mati. Mrk masih berjiwa umno dan semangat yg sama. Rasanya HB pun sama menjiwai perjuangan pas. Bertahun bersama tapi alangkah malunya bertindak begini.

Ahli2 pas yg istiqomah dlm perjuangan marah dgn sdr sbb cara adab sdr, kami tak nafikan ilmu dan ketokohan sdr dan lain2 tetapi ahli2 pas tak rela prinsip perjuangan dan pimpinan ulama dihina. Klau kami marah dan nyahkan sdr pun bkn tanda kami membuang terus. . nama sebijik khalid alwalid tetapi sikap sdr jauh sekali.

Adakah hasrat nk ke Putrajaya tercapai jika berlaku pertembungan? Ahli2 pas tidak akan biarkan pengkhianat dan munafik menghalang laluan. .sama2 kita bertempur!!

AsSalaamuAlaikum wrt.

Terima kasih di atas email tuan.

Saya tidak menganggap diri saya sehebat Khalid Al-Walid. Saya juga berharap agar tidak ada yang berasa dirinya sehebat Umar Al-Khattab.

Untuk makluman tuan, apabila Khalid Al-Walid dipecat, beliau tidak difitnah sebagai Jebon, Sekular, Liberal dsbnya terlebih dahulu. Apatah lagi dituduh sebagai munafik. Tuduhan sebegitu dijauhi ramai kerana nifaq merupakan satu sifat yang digeruni semua, khususnya untuk diri sendiri. Saidina Umar sendiri risau dirinya tersenarai sebagai seorang munafik dan pernah bertanya kepada Huzaifah (RA) mengenainya.

Saya dan sahabat HB yang lain insyaAllah akan meneruskan apa yang telah kami usahakan sekian lama sejak dulu, iaitu menjadikan perjuangan Islam sebagai perjuangan yang membela nasib rakyat keseluruhannya, yakni Islam dan bukan islam. Terpulang pada PAS jika ingin bersama atau sebaliknya.

Berhubung para ulama, perlu tuan fahami sesuatu. Tiada yang mampu menghina para ulama. Mereka tidak menjadi hina di atas sebab tindakan pihak lain. Sekiranya ulama menjadi hina, ianya merupakan di atas sebab tindakan mereka sendiri. Jangan sesekali ulama berdiri bersama pihak yang zalim atau menjadi pembela atau mengulangi dakyah mereka.

Dalam soal hubungan PAS dan HB, saya mencadangkan agar semua pihak berpegang kepada konsep fastabiqul khairat. Itu pilihan kami dalam HB. Terpulang pada tuan untuk memilih pendirian untuk PAS.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 

8 ulasan:

  1. Sapa2 tahu apa benda "fastabiqul khairat"? Aku kalau takat khairat kematian aku taulah.

    BalasPadam
  2. Berlumba lumba membuat kebaikan.......
    Tahniah khalid samad !!!!!

    BalasPadam
  3. Berlumba lumba membuat kebaikan.......
    Tahniah khalid samad !!!!!

    BalasPadam

  4. Tahniah juga kpd penyokong mulia Tekong pahlawan Bugis

    Terutamanya kpd 2 org Fakeh siku lutut iaitu tekong Jin & tekong kelaut candat sotong

    Berkongsi ghonimah tolong menolong

    BalasPadam
  5. "Saya dan sahabat HB yang lain insyaAllah akan meneruskan apa yang telah kami usahakan sekian lama sejak dulu, iaitu menjadikan perjuangan Islam sebagai perjuangan yang membela nasib rakyat keseluruhannya, yakni Islam dan bukan islam."


    Apakah kalang pemimpin GB yg majoritinya tidak ada 'CORE' agama mampu merealisasikan kenyataan di atas. Sedangkan mereka ini "CORE nya adalah Sekular" yang tidak ada bezanya dengan UMNO. Islam pada pemimpin2 ini hanyalah 'finishing' kepada CORE SEKULAR mereka. Pemahaman agama dengan core sekular ini lebih parah apabila PAS mula berkawan dengan DAP dan PKR. Kalangan pemimpin GB ini dilihat semakin parah apabila RESTU dan REDHA DAP lebih utama dr redha ALLAH SWT. Pemimpin DAP yg menjadi penghalang perlaksanaan syariat Islam dibela secukupnya. Manakala pemimpin sendiri dibiarkan bila diserang oleh pemimpin2 DAP ini. Kalangan pemimpin GB juga dilihat bacul dan dayus....jika mereka berani keluarlah dr PAS secara anak jantan dan bertarunglah dr luar PAS..berkempenlah dr luar PAS untuk mencari ahli.....tak perlu tunggu dipecat....MAT SABU..!!!! KHALID SAMAD...!!! MUJAHID...!!! jadilah ANAK JANTAN!!!!!

    BalasPadam
  6. Sudah lah khalid.. selagi kau x kuar PAS segala ckp2 kau yg mempersenda PAS.. aku x kan layan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko sorang je yg x lyn tp ramai yg lyn dn sokong khalid..

      Padam
    2. Ko sorang je yg x lyn tp ramai yg lyn dn sokong khalid..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...