Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 04, 2015

UMNO MAHU RAMPAS KERUSI MILIK PAS..

Tekad rampas semula milik Pas

KAJANG – Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat tekad merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Langat dan Dun Dusun Tua yang kini menjadi milik Pas.

Ketua Pemudanya, Mohd Halim Wahab berkata, beliau bersama pasukan dan Umno bahagian bergerak selari dengan pucuk pimpinan Umno Pusat.

“Kami menyokong sepenuhnya  kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, fokus kita sekarang menambah pengundi baru terutama pemuda bagi merampas kembali Parlimen Hulu Langat dan Dun Dusun Tua yang beralih kepada Pas pada pilihan raya lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi ucapan kepada kira-kira 144 perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Hulu Langat, kelmarin.

Mengenai krisis yang berlaku kini, beliau sedaya upaya memberi penerangan kepada ahli pemuda berhubung perkembangan isu semasa.

sh

      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...