Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 15, 2015

Masuk Harapan Baru tidak langgar baiah - Adun Hulu Klang

 Harapan Baru sedia cabar Pas dalam pilihan raya

SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bersedia menentang Pas dalam pilihan raya sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.

Penyelaras Harapan Baru Selangor, Ir Izham Hashim berkata, kesediaan menentang Pas bukannya bermaksud Harapan Baru akan mencabar setiap kerusi yang ditandingi Pas sebaliknya bergantung pada rundingan masa depan bersama Pakatan 2.0 iaitu PKR dan DAP.

“Saya tidak boleh kata secara khusus Harapan Baru akan mencabar setiap kerusi ditandingi Pas. Saya tidak mahu disalah tafsir sedemikian.

“Ia bergantung pada keadaan jika boleh kita cuba untuk minimumkan masalah kerana matlamat utama menumpaskan BN,” katanya ketika sidang media mengumumkan penubuhan Harapan Baru Selangor di sini, hari ini.

Beliau yang masih menjawat posisi Yang Dipertua Pas Kelana Jaya menjelaskan, tidak adil sekiranya dikonklusikan bahawa Harapan Baru akan mengasak setiap kawasan yang ditandingi Pas.

“Itu seperti orang dendam, orang marah. Tidak...Tidak.. Kita (Harapan Baru) bukan begitu, konsensus pakatan baharu akan dipertahankan.

“Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pertembungan dengan Pas akan berlaku dalam pilihan raya akan datang. Bergantung pada keadaan dan keperluan situasi akan datang,” katanya.

Ir Izham menegaskan selagi Harapan Baru tidak dibentuk sebagai parti politik pada 31 Ogos ini mereka masih lagi ahli Pas.

Bagaimanapun menyerahkan kepada tindakan yang bakal diambil Pas sama ada untuk memecat mereka atau tidak selepas parti progresif itu terbentuk.

“Sedia dipecat Pas? Itu kita serah kepada parti, buat masa ini kita masih beroperasi sebagai sebuah gerakan rakyat dan masih ahli Pas.

“Pas Selangor belum hantar sebarang surat rasmi untuk tindakan namun berlaku penyingkiran dalam kumpulan perbualan di aplikasi WhatsApp sekiranya  mereka mengesyaki individu terbabit cenderung ke arah Harapan Baru,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Harapan Baru tidak akan sesekali memujuk, membeli, memaksa mahupun memancing Adun Pas untuk menyertai gerakan baharu berkenaan.

“Wujud dikalangan Adun Pas Selangor yang secara tidak terbuka menyatakan minat untuk menyertai Harapan Baru.

“Mereka boleh fikir sendiri demi kerjaya politik pada masa akan datang. Kita perlukan alternatif dalam usaha mengembalikan Pakatan 2.0,” katanya.

Sementara itu, Adun Hulu Klang, Saari Sungib tegas mempertahankan bahawa tindakan ahli Pas menyertai Harapan Baru tidak sesekali melanggar baiah Pas kerana mereka masih mendukung perjuangan menghapuskan Umno-BN.

“Baiah itu dari segi konteks pilihan raya kalau lompat parti, pindah parti ke BN barulah langgar baiah.

“Masuk Harapan Baru tidak langgar baiah ini gerakan ke arah parti baharu. Malah komitmen parti ini ilah menumbangkan Umno-BN, kita masih kekal lawan Umno ini bukan tindakan pindah parti yang salah,” katanya.

sh

8 ulasan:

  1. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI

      1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda? (MAHKAMAH DAPATI TGHA X ADA MENUDUH SESIAPA SECARA KHUSUS JADI BELIAU TIDAK BERSALAH!)

      2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb? (KALAU LAYAK KENAPA SULTAN SGOR X MEMILIH BELIAU SBG MB?)

      3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb? (PAS BERHAK ATAU SULTAN YG BERHAK DLM MELANTIK JAWATAN MB?)

      4. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha.. (DAP GUNA DUIT POKET SENDIRI KE BYR GAJI? INGATKAN GUNA DUIT RAKYAT TADI!)

      5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro? (DOA UMUM MACAM DOA LAKNAT PADA UMNO JUGAK LAH!)

      6. ahli mengeboo pemimpin2 pro? (BENAR.. KERANA GHB MASIH TAK MAHU KELUAR PAS WALAUPUN DAH ISYTIHAR PARTI BARU!)

      7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro? (TAK BOLEH KE? KALAU DAP MAKI HAMUN TGHA, GHB BUAT APA PULAK?)

      8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji? (JGN NAK BOHONG! PENERANGAN SUDAH DIBUAT DLM SALAH SATU MESYUARAT TAPI DAP TOLAK MENTAH2 WALAUPUN IA DIBUAT MENGIKUT LUNAS SISTEM DEMOKRASI IAITU MELALUI PARLIMEN! INI HANYA FITNAH GHB DAN KETUA MEREKA LGE!)

      9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang.. (KALAU GELARAN YG BETUL TIDAK SALAH.. SEUMPAMA SEORG YG MENCURI PATUT DIPANGGIL PENCURI!)

      10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor? (TAK.. KENAPA?)

      11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?(KENAPA? DI SGOR PUN DAP BAYAR GAJI KE?)

      12. dia selalu ponteng sidang parlimen? (LGE TAK PERNAH PONTENG KE?)

      13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng? (ITU BARU PERMULAAN DAN AKAN DIBUAT PERINGKAT DEMI PERINGKAT.. X PERLU GOPOH!)

      14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai.. (IKUT KATA ASMAWI MUNI YG DAH MASUK GHB, CAI TIDAK LANGGAR PERATURAN KEMPEN.. PAHAM? JADI X ADA ISU!)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. GHB- terdiri dr mereka yg dayus dan bacul...tidak berani mengisytiharkan diri keluar dr PAS...masih bernaung dan mencari pengaruh dr dlm PAS...kalau mereka mahu jadi jaguh... sila keluar dr PAS secara anak JANTAN !!!!!!! Tak perlu berdolak dalik dan memberi alasan BODOH!!!!

    BalasPadam
  3. mereka ni sengaja buat begitu,Kalau mereka dipecat lepaslah mereka dari hantu Baiah

    BalasPadam
  4. Mujurlah mereka masuk GHB.. kalau tidak, PAS terpaksa mempunyai pemimpin yg bedegar2 cakap x langgar bai'ah lah nak lawan PAS lah bagai tapi masih tak de telor utk KELUAR PAS..

    BalasPadam
  5. Ada 4k orang pas d bawah kerajaan dap di pulau pinang kenapa tak letak jawatan BODOH !!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggulah sampai habis kontrak.. kata profesional ... tak perlu gopoh .

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...