Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 08, 2015

Hentikan tindakan memusnahkan negara - Dr Dzulkefly Ahmad

 Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM - Harapan Baru mendesak kerajaan supaya menghentikan semua tindakan yang boleh memusnahkan negara termasuk mengganggu pasukan penyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata gangguan itu hanya menyebabkan negara ditertawakan dan dipandang serong oleh masyarakat dunia.

"Hentikan semua tindakan yang menjerumuskan negara ke kancah kehancuran dan kemusnahan yang ‘sempurna’ ini termasuk memecat, menggantung, menangkap dan menyiasat pegawai penguatkuasa.

"Celaka apa yang kita undang ini, hanya kerana hendak menyelamatkan 1MDB! Usah bicara bab ekonomi dan kewangan negara," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan sepatutnya menumpukan kepada mengatasi masalah kehilangan kepercayaan oleh pelabur asing yang kini semakin parah.

Dzulkefly berkata lagi, pasukan petugas khas kes 1MDB dibenarkan untuk meneruskan siasatan mereka termasuk dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Undang-undang manakah yang pesalah-pesalah telah langgari…apakah Akta Penggubahan Wang Haram atau AMLA? Apakah pecah amanah, CBT, peruntukan-peruntukan Akta SPRM atau apa jua?

"Tidak kira siapa, semua mesti diadili. Izinkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga melangsungkan siasatan mereka," tegasnya.

Tambah beliau, Peguam Negara yang baharu juga perlu menjalankan tugasnya dengan amanah tanpa membelakangkan kehendak Perlembagaan negara.

"Peguam Negara harapnya akan melunaskan tanggungjawab dengan bertindak jujur, berani dan tuntas.

Anda sedang diperhatikan! Kami, rakyat biasa akan berhimpun seperti biasa. Apa pun formula penyelesaian transisi bakal disambut rakyat kerana negara sudah sekian lama dalam krisis yang tidak berhujung," katanya lagi.

sh

2 ulasan:

  1. geng jim n pro syiah bermadah mengenai donia... ajak zul sulong rendang sama le...kami tahu seantario donia n pelusuk tanah air benci najib n the geng...memang kami beci najib n ghb barua dap...

    BalasPadam
  2. inilah kepala masam phd dlm ghb.... masa belajar sapu duit biasiswa ubn... bila blk dari belajar masuk PAS... lepas kalah dlm Mukhtamar ajak geng kuar n serang PAS...sama kepal mcm najib rosmah...munafiqun yg harus di ganyang...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...