Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Ogos 23, 2015

PANAS!! : SERAMAI 91 AJK PAS JOHOR LETAK JAWATAN...

91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan

JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.
Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.
Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.
Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.
  http://rm20segera.com/?r=te2u
Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.
Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam.
 
sh

4 ulasan:

  1. Pemimpin2 GHB gagal meletak jawatan sbg AP atau ADUN... Di sini kita dah nampak belum pun tertubuh parti baru sudahpun terdedah tiadanya integriti sbg pemimpin.. yg bestnye selama ni pandai kondem kepimpinan sekarang.. Cuba bayangkan sikap ini berterusan sehingga tertubuh parti baru nanti iaitu bermulanya parti baru TANPA integriti..

    Bagaimanapun, jika disorot kembali kesah mereka2 sebelum ini, sekiranya mereka berintegiriti selama ni pun pastilah mereka telah mempertahankankan pemimpin sendiri dari mempertahankan pemimpin yg menghalalkan babi dan arak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena desak TSKI letak jawatan Adun dan MP jugak le sebab dah jadi adun bebas semasa krisis MB Selangor. Tak payah nak membohong la Wan Rosli ooi.....masa tu HH dan PAS xdesak pun TSKI letak jawatan bila PKR pecat. Sebaliknya HH dan PAS sokong plak TSKI jadi MB bebas. Ini tak nama kerja gila yg xdibuat orang.

      Siap beerpakat at dgn TSKI dan UMNO nak buat krrajaan UG.....nko dan Presideng nko memang xbleh pakai langsung wan rosli oooi...

      Padam
  2. Rosli ni macai umno kot.... ckp x pakai otak da...salah org lain nampak je... buta sejarah or buta oolitik... terjun lah luncai dgn labu2 nya...

    BalasPadam
  3. Macai Umno pun baca blog PR , ok lah tu, otak macai ni tak kemana.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...