Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Ogos 21, 2015

PANAS!! : PAS HILANG PENGARUH DI SELANGOR..


Semakin PAS cuba menjustifikasi bahawa parti itu masih relevan, satu demi satu pimpinan peringkat kawasan di Selangor meletak jawatan.

Terbaru, 10 Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Hulu Langat melepaskan jawatan masing-masing sebagai penyelesaian terbaik terhadap konflik yang sedang berlaku ketika ini, "khususnya kesan daripada kempen agresif sebelum muktamar" pada Jun lalu.

Mohd Burhanuddin Othman berkata, beliau bersama sembilan yang lain menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing kepada Penolong Setiausaha PAS Hulu Langat,

Mohd Burhanuddin sebelum ini adalah Ketua Pemuda PAS kawasan berkenaan.

Turut melepaskan jawatan bersama beliau ialah setiausahanya, Ahmad Firdaus M Zabidi, Muhammad Safuan Harun (penolong setiausaha 1), Afrodi Ali (penolong setiausaha 3), Manzurul Safar (ketua penerangan), Hafiz Othoman (penolong bendahari) Dr Muhammad Omar (pengerusi lajnah kebajikan), Wan Saifullah Wan Abd Ghani (pengerusi lajnah pendidikan politik, Abdul Halim Abdullah (pengerusi lajnah IT) dan Hafeez Samsol.

 http://rm20segera.com/?r=te2u

Kata Mohd Burhanuddin, mereka berharap tetap diberi kekuatan untuk kekal dalam "perjuangan Islam tidak kira berada di wadah mana sekali pun".

"Kami juga mengharapkan agar hubungan sesama sahabat dalam PAS dapat dikekalkan walaupun masing-masing mempunyai perbezaan pandangan dan pendekatan," katanya.

Keadaan tak menentu

Kelmarin tiga kepimpinan peringkat kawasan di Selangor - Kota Raja, Kapar dan Kelang - turut mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja Gerakan Harapan Baru menjadi sebuah parti politik.
Peletakan jawatan turut berlaku bagi kawasan Shah Alam semalam.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sementara itu menjelaskan pihaknya serius meneliti percubaan "memecahkan perpaduan PAS" oleh pihak tertentu yang menghasut ahli supaya keluar parti beramai-ramai.

"Sesungguhnya usaha sebegini bukannya baru. Sepanjang zaman, musuh-musuh kepada perjuangan politik Islam mencuba pelbagai cara sama ada dari dalam atau dari luar untuk melemahkan kekuatan PAS.

"Tentunya usaha dari dalam dengan menabur racun yang halus lebih berjaya berbanding usaha dari luar kerana menjadi seumpama api dalam sekam yang membakar tanpa sedar," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, tegasnya, berdasarkan sejarah sejak ditubuhkan membuktikan PAS terus gagah mengharungi pelbagai kocakan dalaman termasuk gugurnya beberapa belas pimpinan tertinggi PAS pada 1982.

"Hal ini kerana kekuatan PAS adalah pada dasar Islam yang dipegang serta rujukan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang memandu hala tuju dan gerak kerja PAS.

"Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi, namun, parti berasaskan Islam yang membawa cahaya kebenaran Islam akan terus berjalan dan berlangsung," katanya sambil menyeru seluruh ahli PAS yang lain terus konsisten dalam perjuangan politik PAS.


 mk

3 ulasan:

  1. Betul la Kharudin At takiri bahawa rujukan PAS ialah AlQuraan, Sunnah, Ijmak dan Qias.

    Tetapi kamu dan geng kamu yqng menang dalam pemklihan lepas merujuk kepada benda lain. Geng kamu merujuk kepada kitab "The Prince" karangan Wheikh Maulana Machiavelli de Italiano dalam tindakan politik kamu.

    Aik...g3ng kamu yg m3njadi punca dan pencetus kepada kekalutan dalam PAS lagi mau putar belit ke....kamu sejak lepas PRU 2008 lagi dok sabotaj PR dengan statem3nt2 kamu dah lupa...

    BalasPadam
  2. Sekrang kita baru tahu perangai sebenar ahli PAS...biarkan mereka keluar...

    Mereka berjuang bukan kerana Islam tapi berjuang untuk bekerjasama dgn PKR dan DAP yg terang teramg menolak Islam...

    BalasPadam
  3. Sebelum ni kan Pas dlm Pakatan Rakyat jg. Kompromi dgn PKR dan DAP tu apa crite?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...