Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 10, 2015

KERANA 1MDB KERAJAAN UMNO JATUH..

 1MDB

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan  kerajaan mungkin akan digulingkan sekiranya terus gagal mengurustadbir krisis berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan baik.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, skandal 1MDB akan menyebabkan imej negara tercemar di mata rakyat dan juga dunia.

“Pada masa saya mula-mula membaca laporan Wall Street Journal (portal antarabangsa yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan skandal 1MDB), saya rasa nak pengsan! Saya hubungi Najib dan katakan hal ini perlu dinafi sekeras-kerasnya oleh kerajaan. Tuduhan yang dibuat terlalu berat.

“Hal 1MDB ini perlu diselesai segera kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada negara. Saya tidak mahu kerajaan jatuh kerana kegagalan kita dalam menguruskan 1MDB,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara hari ini.

Mengulas mengenai teguran yang dibuat terhadap barisan kepimpinan Umno terdahulu, Muhyiddin berkata, teguran yang dibuat hanyalah di atas platform beliau sebagai timbalan perdana menteri suatu ketika dahulu.

Menurutnya sebagai seorang pemimpin dan seorang Islam, beliau berkewajipan untuk memberi teguran terhadap perkara yang dilihat salah.

“Semua kita adalah pemimpin dalam peringkat masing-masing. Kita sebagai pemimpin digalas dengan amanah dan tanggungjawab supaya kita dapat melaksanakan sesuatu yang kita anggap baik dan dituntut oleh agama kita.

“Mengerjakan yang baik dan mencegah kemungkaran. Saya memegang prinsip itu. Apabila saya melihat sesuatu perkara yang saya fikir perlu untuk saya berikan pandangan, itu telah pun saya laksanakan,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini pernah memberi teguran lantang bahawa kerajaan Umno akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung menjelang esok.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...