Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 29, 2015

Orang kanan Pas Sarawak jadi teraju Harapan Baru

Harapan Baru

KUCHING - Mesyuarat pemilihan anggota jawatankuasa gerakan Harapan Baru Sarawak pada 20 Ogos lepas, sebulat suara memilih‎ bekas Ketua Penerangan Pas Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden sebagai pengerusi negeri.
  
Andri berkata, beliau akan menerajui Harapan Baru Sarawak dan akan dibantu anggota‎ jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta latar belakang profesional berbeza.
  
"Dalam mesyuarat itu juga kami bersetuju sebulat suara Harapan Baru Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.
  
"Dun yang menjadi sasaran Harapan Baru bukan hanya kerusi‎ pengundi Melayu, malah kerusi majoriti bukan Islam juga menjadi sasaran," katanya kepada Bernama.
  
Andri berkata Harapan Baru Sarawak menyasarkan kerusi antaranya Dun Lambir, Samalaju, Semariang, Muara Tuang, Kedup, Triboh, Batang Sadong, Sebuyau, Beting Maro, Belawai, Dalat, Demak Laut dan Dalat.

     ‎http://rm20segera.com/?r=te2u

"Namun pembahagian kerusi ini hanya akan diputuskan selepas berunding dengan rakan-rakan daripada DAP dan PKR serta kelulusan Harapan Baru pusat untuk semakan.
  
"Kami sudah mempunyai calon yang berwibawa, berpotensi serta bersedia untuk diletakkan di kawasan fokus tersebut. Rata-rata adalah kalangan anak tempatan yang sudah tentu diberi keutamaan," katanya.
  
Menurut Andri yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Santubong, Harapan Baru‎ Sarawak akan mengadakan sidang media memperkenalkan AJK dan mempromosi program mereka pada 4 September ini.
  
"Pada 6 September, sidang media bersama Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu yang juga‎ bekas Timbalan Presiden Pas serta pemimpin Harapan Baru pusat seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul‎ Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama pimpinan PR Sarawak akan diadakan," katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...