Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana penggantinya
Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab kritikannya mengenai firma
pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Katanya, Najib tidak menjawab persoalan mengenai pelaburan 1MDB di bank luar pesisir Cayman Islands, yang disifatkannya sebagai satu “perjudian”.
Mahathir yang mengetuai pentadbiran negara selama 22 tahun itu berkata kerajaan sebelum ini akan menolak tawaran pelaburan berisiko tinggi seperti itu, walau dengan jaminan pulangan tinggi.
“Dahulu pun kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam dana lindung nilai (hedge fund) dengan jaminan pulangan 30%. Tetapi ia ditolak.
“Harus diingat satu dari hedge fund yang terbesar, LTCM (Long Term Credit Management) rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis.
“Ia diselamat oleh pelabur yang terdiri dari Wall Street dan Kerajaan AS,” katanya lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.
Tulisan itu menyimpulkan pemerhatiannya ke atas perjalanan perhimpunan agung Umno yang bersidang minggu lalu.

Beliau memberi nasihat bahawa kerajaan tidak boleh mengambil langkah popular dengan mempermudahkan kelulusan peperiksaan.
Selain itu, beliau turut menyatakan rasa kecewa kerana kerajaan masih tidak berganjak dengan pendirian mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
"Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera.
"Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman negara," katanya.
mk
Berniaga memang macam tu, kadang2 untung kadang2 rugi. Yang penting kita berani mengambil risiko. Syarikat2 GLC majoritinya memberikan pulangan pelaburan yg baik. Di Amerika Syarikat, peniaga berani mengambil risiko. Dan mereka berani gagal.
BalasPadam