Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 28, 2014

Berita Semasa : Kenyataan terkini (CEO) AirAsia Tony Fernandes

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini kehilangan pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 tidak lama lagi.

Menulis di twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.
Sementara itu, AirAsia dalam kenyataan media memaklumkan pesawat berkenaan telah memohon mengubah laluannya akibat cuaca buruk sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Indonesia.


Kenyataan itu juga mengesahkan 162 orang berada dalam pesawat itu - 155 penumpang, dua juruterbang dan lima anak kapal.

Daripada jumlah itu, 156 adalah warga Indonesia (termasuk dua anak kapal), tiga rakyat Korea Selatan dan satu masing-masing dari Singapura, Perancis dan Malaysia.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...