Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 01, 2014

Pemerintah mesti adil kepada semua kaum kata Presiden PAS

http://biz-55.webs.com/

KUALA KANGSAR: Peranan sebuah kerajaan adalah mewujud satu sistem yang adil untuk semua kaum.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada majlis penutup sambutan ulang tahun PAS ke-63 semalam memberitahu bahawa oleh sebab bermusuh, maka sikap adil itu tidak berlaku pada pentadbiran sekarang.‎

"Walaupun saya berada di luar negara tetapi saya mengikuti apa yang berlaku di negara ini, terutama pada Persidangan Agung Umno (PAU).

"Kerajaan perlu adil untuk semua kaum sebab dalam Islam pun ada menyatakan, kalau semua untuk bumiputra apa yang berlaku pada kaum lain.

"Umno yang memerintah, minta bantuan daripada bumiputera (kerajaan), bumiputera pun tak betul, Bank Bumiputra pun mati," ucap beliau.

‎Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, dalam mengurus ekonomi dan negara ia akan gagal jika mengasingkan agama.

"‎Agamalah yang mengajar kita tadbir negara dengan adil, tiada pengasingan antara kedua-duanya.



"Nak satukan manusia bukan dengan duit, manusia ada perasaan, diri, roh dan jasad.

"Nak menyatukan manusia adalah dengan Allah, barulah tidak ada permusuhan berlaku. Inilah yang PAS nak perkenalkan kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.‎

hd
      

1 ulasan:

  1. Bertul lah apa yang di katakan oleh TGHH ,pemerintah mesti adil pada semua kaum.Tetapi sebelum pemerintah yang mesti adil sepatutnya peminpin dulu yang menunjukan contoh yang adil.Dalam satu pakatan yang mempunya berbilang kaum peminpin sewajibnya menghormati kawan ,Ini tidak berlaku,tetapi penyerangan bertubi2 terhadap bangsa lain.apakah ini menunjukan peminpin bolih berlaku adil?.bercakap mudah antara lidah dan bibir tetapi hendak menghasilnya adalah disebaliknya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...