RIYADH - ARAB SAUDI . Arab Saudi dan negara Barat didakwa terus berdiam diri terhadap isu kepulauan yang diduduki Israel hingga kini.
Media tempatan melaporkan lokasi sebenar kepulauan Tiran dan Sanafir itu juga terus menjadi tanda tanya kerana Saudi tidak pernah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan semula hak mereka.
Menurut satu laporan, kedua-dua kepulauan tersebut meliputi kawasan seluas 80 dan 33 kilometer persegi dan terletak di laluan masuk di Teluk Aqaba, timur wilayah Saudi.
Sehingga 1967, ia adalah milik Saudi, namun Raja Faisal menyerahkan kepulauan tersebut kepada Mesir dalam usaha untuk menghalang kemasukan kapal Israel ke pelabuhan Eilat ketika Perang Enam Hari tercetus.
Susulan daripada itu, bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat bertindak menandatangani perjanjian damai bersama Israel pada 1978, namun beliau enggan menyatakan status kepulauan Tiran dan Sanafir terbabit adalah sebahagian daripada kandungan rundingan tersebut.
Sementara itu, beberapa pemerhati berpendapat Saudi enggan membuat sebarang tuntutan kerana kawasannya terlalu kecil walaupun lokasinya adalah strategik berikutan ia adalah satu-satunya laluan kepada Israel untuk ke Laut Merah.
sh
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...