
Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Khairil berkata mesyuarat tersebut diharapkan akan dapat menyelesaikan isu tersebut dengan penuh positif secepat mungkin.
Baru-baru ini, isu hudud kembali dibangkitkan DAP yang dengan jelas menolak hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
Semalam, Guan Eng dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pelaksanaan hudud di Kelantan bertentangan dengan persetujuan bersama dalam Pakatan.
Manakala, kerajaan negeri Kelantan bercadang mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen bagi membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan di negeri Serambi Mekah itu.
hd
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...