KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar 
raya di negeri itu ditutup pada hari Jumaat mulai 12.30 tengah hari 
hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan.
 Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, 
keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda 
tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.
 "Keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco minggu lepas," katanya pada persidangan Dun di sini hari ini.
 Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (Pas-Manir) 
mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat
 Jumaat dengan melepak di pasar raya.
 Ahmad Razif berkata, penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
 Sementara itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN-Kuala Besut) 
meminta kerajaan negeri membangunkan tenaga boleh diperbaharui daripada 
sumber angin, solar dan ombak sebagai alternatif kepada tenaga elektrik 
sedia ada.
 "Terengganu mempunyai pantai sepanjang 244 km, sudah tentu ia terdedah 
kepada kuasa angin, yang boleh diubah kepada tenaga elektrik. 
 "Begitu juga dengan tenaga solar dan ombak yang banyak didapati di 
sepanjang pantai negeri ini," katanya ketika membahaskan Bajet 2015.
 Tengku Zaihan berkata, walaupun Terengganu telah mempunyai janakuasa 
hidro elektrik Tasik Kenyir yang menggunakan kuasa air, tetapi mengolah 
tenaga daripada sumber lain perlu diberi perhatian serius.
sh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...