Banjir paling teruk dalam sejarah yang melanda Semenanjung Malaysia
adalah petanda dari Tuhan bahawa agenda hudud mesti diteruskan, kata MP
PAS Pasir, Nik Aduh Nik Abdul Aziz.
Kerajaan PAS Kelantan telah berikrar akan tetap meneruskan sidang khas DUN pada 29 Disember untuk meluluskan pindaan supaya hudud boleh dilaksanakan di negeri ini.
"Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud," kata Nik Abduh dalam posting Facebook

Walaupun negeri pantai timur itu dilanda banjir
semasa musim tengkujuh, pihak berkuasa Kelantan berkata kali ini adalah
yang paling teruk.
Lebih daripada 30,000 telah dipindahkan di negeri itu pagi ini, dengan Kelantan paling teruk terjejas di kalangan lima negeri di Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir.
Doa adalah kuncinya
Sekurang-kurangnya 90,000 orang telah dipindahkan dan empat orang terkorban di seluruh negara kerana banjir, dan ia mendorongkan negeri itu meminta bantuan dalam menghadapi bencana tersebut.

Bagi Nik Abduh, yang juga anak kepada bekas
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, cara terbaik untuk menghadapi
bencana besar itu adalah dengan doa.
"Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu.

mk
si abduh cuma pandai mengupas saje tapi tak ada apa2 cadangan bernas untuk rakyat dan maruah Kelantan paling tinggi pun ajak jadi barua UMNO;....
BalasPadamKan lebih tepat peringatan agar yang kaul sajengkal jangan diuji laut yang dalam....jika mahu menghukum orang lain Islamik atau tidak,masuk neraka ka syurga,dan Ilmu pula takat berbahasa arab,sudah mahu ambil "Hak 'Tuhan yang memutuskan.....bukan kah ini yang Allah Ingatkan.
BalasPadamWallahualam.