Ahad, Disember 21, 2014

Peluk Islam sempena Mega Street Dakwah

SEBERANG JAYA: Mega Street Dakwah yang jalankan oleh lapan badan bukan kerajaan (NGO) bersama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) di sini pagi tadi berjaya mengislamkan seorang wanita berbangsa India.

Kumpulan yang diketuai oleh Azman Merican memasuki premis berkenaan untuk bertemu orang ramai dan menemui wanita itu yang bertugas sebagai jurujual di salah sebuah kedai di situ.
Azman ketika ditemui berkata, beliau sempat berhujah dengan wanita berkenaan tentang ketuhanan ekoran dakwaannya mengatakan tuhan sama sahaja antara agama.

"Saya dan kekawan cuba terangkan apa Itu Islam dengan lebih mendalam. Mula ada sikit perdebatan tetapi apabila kita terus berhujah akal, beliau semakin reda dan akhirnya akur untuk berada dalam agama sebenarnya," terang beliau semasa berucap dalam sesi muhasabah di pekarangan Masjid Seberang Jaya.
Menurutnya, kenangan mengislamkan saudara baru itu merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.

"Sejujurnya saya katakan saya amat berminat turun ke medan dakwah. Apabila dapat hasilnya ia satu perkara yang amat besar," jelasnya.

Mega Street Dakwah yang diadakan di dua lokasi di Pulau Pinang iaitu di pekarangan Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) dan Masjid Seberang Jaya merupakan aktiviti serentak seluruh negara yang memperkenalkan 'Do You Know? Jesus & Muhammad Worship The Same God?'.


HD

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng