Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Disember 05, 2014

ISU PANAS!! : TERKINI DARI KUANTAN..PAROK!!!



http://biz-55.webs.com/

KUANTAN: Dua Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam Parlimen Indera Mahkota hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kegagalan melunaskan janji bantuan banjir tahun lalu.

Adun Beserah, Andansura Rabu dalam sidang medianya berkata, laporan tersebut adalah susulan kenyataan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin yang menyatakan kekesalan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan yang dijanjikan.

“Pagi ini saya bersama Adun Semambu, Lee Chean Chung menghantar laporan dan memohon SPRM menyiasat kenapa sudah menjangkau setahun terdapat ramai mangsa banjir tahun lalu yang belum menerima bantuan dijanjikan.

“Kami juga menggesa disiasat ke manakah melencongnya wang yang dijanjikan kerana terdapat dua bantuan sepatutnya. Pertama mangsa sepatutnya menerima sebanyak RM750 dari Kerajaan Negeri Pahang dan kedua RM1,000 dari pihak UAE,” katanya.

Andan berkata, selain itu kerajaan negeri juga berjanji memberi peti ais dan televisyen kepada mangsa banjir namun ada mangsa yang dapat dan ramai yang belum menerimanya.

Awal Disember tahun lalu kira-kira 30,000 mangsa banjir di Kuantan terpaksa berpindah dalam malapetaka paling buruk di daerah ini.

Kelmarin Tengku Abdullah dalam satu sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persediaan banjir negeri Pahang di Kuantan, telah membidas tindakan pihak yang tidak menunaikan janji kepada mangsa banjir di Pahang walaupun kejadian banjir besar itu telah setahun berlalu, di mana 4,000 mangsa mendakwa belum menerima sumbangan yang dijanjikan.


Baginda turut meminta penjelasan segera daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut hadir di majlis taklimat berkenaan.

Sementara itu Andan berkata, beliau turut meminta mangsa-mangsa banjir tahun lalu dalam Dun Beserah yang belum menerima bantuan dijanjikan agar segera membuat laporan SPRM agar siasatan dapat dipercepatkan.

Pada 24 Disember 2013, Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed al Nahyan mengarahkan supaya AS$10 juta (RM32.5 juta) diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Pahang.

Sementara, pada 27 Jun lalu dilaporkan bantuan kepada mangsa banjir itu mula disalurkan kepada penerima terlibat.

Dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuantan itu, seramai 100 orang menjadi penerima pertama yang merupakan simbolik kepada bermulanya proses penyaluran bantuan berkenaan.
hd

1 ulasan:

  1. Di Malaysia bukan duit bantuan banjir je, duit buruh paksa Jepun dlm perang dunia ke-2 dulu, berbilion dibayar oleh kerajaan Jepun pun lesap entah kemana. Dalam dunia hanya satu negara je yang berlaku, Malaysia. Ianya masih aman.............

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...