Rakyat digesa meninggalkan budaya politik rimba yang diamalkan oleh parti pemerintah selama ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz
 Omar berkata rakyat harus bermuhasabah dengan apa yang dilakukan oleh 
pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak 1957.
Katanya, taktik politik sedemikan sudah 
lapuk ditelan zaman dan kini rakyat beralih kepada politik baru 
berasaskan nilai dan hujah sebenar.
“PAS ingin menyeru seluruh rakyat agar 
berani membuat anjakan perubahan kepada satu lembaran baru politik 
Malaysia tanpa parti politik kuno UMNO, BN.
“Ia diganti dengan Pakatan Rakyat yang 
menawarkan politik baru yang lebih inklusif dan merentasi sempadan 
etnik,” katanya dalam satu sidang media di sini.
Menurut Mahfuz, kenyataan mantan Perdana
 Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu terpaksa
 mengemis kuasa daripada bangsa lain membuktikan UMNO punca segala 
permasalahan ini.
Jelas
 Mahfuz, keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana struktur penting 
institusi negara seperti sistem raja berpelembagaan, sultan dan 
raja-raja Melayu, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri 
kabinet majoriti berbangsa Melayu.
“Maka adalah tidak salah untuk kita mengatakan atas sebab kegagalan UMNO lah sebagai punca berlakunya masalah yang didakwa ini.
“Apa yang beliau (Tun Mahathir) 
ceritakan itu tidak lebih kepada membuka aib dan kelemahan UMNO yang 
memerintah selama ini,” katanya.
Tun Mahathir baru-baru ini mengatakan 
perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa 
itu terpaksa mengemis daripada bangsa lain untuk mengekalkan kuasa.
Kata Tun Mahathir, kuasa politik Melayu 
semakin lemah meskipun komuniti itu membentuk 60 peratus daripada 
keseluruhan rakyat Malaysia. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
PENYANGAK PEROMPAK PERASUAH PEMBUNUH MENJADI PENERAJU NEGARA HANCUR DAN MUSNAH LAH NEGARA,SEPATUT PEJUANG BERANI MATI YANG KE SYRIA PATUT BERANI MATI MEMPERJUANGKAN DALAM HAL INI .PAS PKR SERTA DAP PENAKUT NOMBOR SATU DALAM MALAYSIIA
BalasPadam