Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Disember 03, 2014

Terbaik!! : Pas sedia platform artis berdakwah

Mohd Azam Abd Samat


http://biz-55.webs.com/

ALOR SETAR - Kehadiran artis yang berhijrah dalam Pas termasuk menjayakan program parti adalah kerana Pas menyokong penghijrahan mereka dan menyediakan ruang dakwah kepada mereka.

Tidak hairanlah, ramai golongan artis memilih Pas dan cenderung diberi gelaran ustaz atau ustazah berikutan penampilan terbaharu mereka.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Mohd Azam Abd Samat berkata, Pas bukan sahaja menerima artis yang ingin berhijrah, malah turut bersedia menerima siapa sahaja yang ingin mendekatkan diri kepada Islam.

“Tidak dinafikan ramai kalangan artis berhijrah memilih Pas sebagai wadah mereka untuk mendekatkan diri kepada Islam selain turut serta melaksanakan tugas dakwah bersama parti. Mereka memilih Pas untuk memahami Islam kerana sebagai sebuah gerakan Islam di Malaysia, Pas bukan sekadar parti politik,” katanya.

Menurutnya, Pas turut menggerakkan dakwah dan tarbiah yang menjadi tunjang kekuatannya, dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

“Ramai pendokong parti terdiri daripada mereka yang berpendidikan agama dan kewujudan mereka dirasai masyarakat melalui dakwah umum seperti ceramah, forum dan agenda pentarbiahan masyarakat.

"Malah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden) dan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) adalah tokoh ulama dihormati dunia,” katanya.


Adun Sungai Limau itu berkata, kesediaan artis yang berhijrah berkongsi kehidupan mereka dan mengajak masyarakat menjauhi kehidupan yang melalaikan adalah amanah amar makruf nahi mungkar yang terpuji dan menepati kehendak Islam.

“Mereka tidak menghukum individu tertentu, jauh sekali mengeluarkan hukum atau mengeluarkan fatwa songsang,” katanya.

Mohd Azam turut mencadangkan agar kerajaan memberi ruang kepada artis yang berhijrah untuk melebarkan dakwah, dengan menyediakan garis panduan lebih Islamik dalam setiap program hiburan, drama dan filem.

“Kemunculan artis sebagai ‘figure’ masyarakat di pentas dakwah sudah pasti memberi kesan positif kepada peminat untuk berubah dan mewujudkan masyarakat yang lebih baik.

"Unsur dakwah dalam drama dan filem amat kurang, sedangkan ia antara medan dakwah yang luas dan belum diterokai karyawan tempatan,” katanya.

Menurutnya, semua pihak wajar memberikan ruang untuk sesiapa sahaja yang ingin berubah ke arah kebaikan, sesungguhnya ALLAH SWT amat menyukai orang yang bertaubat dan kembali ke jalan-Nya.

“Mereka yang berusaha meninggalkan perkara buruk menuju kepada kehidupan baharu, adalah perbuatan terpuji dan wajib disokong,” katanya.

Sehubungan itu, adalah tidak wajar mana-mana pihak memperlekeh golongan yang berhijrah, sebaliknya mereka wajar diberi sokongan dan bimbingan.
sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...