KUALA LUMPUR 16 JUN: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata,
projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pasir Gudang
diberikan kepada seorang Adun Umno Pulau Pinang.
Katanya, perkara itu disahkan oleh perdana menteri dalam jawapan di
parlimen yang mengakui kos kampus berkenaan adalah antara RM280 juta
hingga RM315 juta dan disewakan semula kepada UITM. Ia katanya,
merupakan perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan
antara RM56 juta hingga RM69 juta.
“Semakan
menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang
mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah Shariful Azhar Othman,
ADUN Bertam (Pulau Pinang) dari Umno. Beliau memegang sebanyak 1 juta
saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20 peratus saham pemegang konsesi
tersebut.
“Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu
Mohamed Rafik Mohd Idris, Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti
Cosmic Dimension Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, Penyata kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
menunjukkan kedudukan aset RM6 juta dan perolehan tahunan hanya sebanyak
RM150,000.
Katanya, ia membuktikan syarikat itu tidak menunjukkan kedudukan
kewangan yang kukuh dan tiada pengalaman dalam sektor pembinaan.
“Saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi
ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait
rapat dengan seorang ADUN Umno?,” soal Pengarah Strategi KEADILAN itu.
Pada 12 Jun lalu, Rafizi mendedahkan bahawa kerajaan memberikan
konsesi kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan UiTM
selama 23 tahun dan sewa tahunan antara RM56 juta sehingga RM69 juta
bagi setiap kampus. Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada
enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang ditanggung rakyat.
“Sedangkan kos membina 6 kampus tersebut dianggarkan sebanyak RM 1.8
billion sahaja, mengambil kos purata RM298 juta untuk setiap kampus bagi
6 kampus cawangan,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan di Dewan Rakyat April lalu
memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi. Selain
cawangan UiTM Pasir Gudang, kampus lain adalah Jasin (Melaka), Seremban
II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota
Samarahan (Sarawak).
“Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda
lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi
terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat
konsesi,” kata Rafizi.
kd
Senarai Blog...Geng
-
Pelancong cedera jatuh dari tingkat 7 pusat beli belah - Zuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.myPELANCONG cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli belah di Persiaran Gurney, di sini, hari ...27 minit yang lalu
-
-
Fitnah jadi budaya Pas - *RENUNGAN* PAS tidak dapat memisahkan diri mereka dengan berbuat dan menaburkan fitnah. Bagi Pas fitnah merupakan benih bernas untuk dicampak ke atas bumi ...Seminggu yang lalu
-
Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat - *KUALA LUMPUR:* Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pa...Seminggu yang lalu
-
ANAK PAK LAH NAFI TUDUHAN TUN MAHATHIR - Anak kepada Abdullah Ahmad Badawi menafikan memberitahu anak Dr Mahathir Mohamad bahawa gilirannya telah tiba untuk memperkayakan dirinya menggunakan ked...3 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...10 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*5 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Selasa, Jun 17, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...