Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata PKR menerima berita itu malam tadi bahawa Abdul Hadi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul, Turki akibat masalah kesihatan serius yang beliau alami.
“Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Abdul Hadi,” kata Fahmi.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta semua ahli dan penyokong PAS bertenang serta berdoa agar kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kembali pulih.
“Kita mendoakan agar Tuan Guru pulih dan dapat kembali ke Malaysia untuk terus memimpin parti.
“Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS terus berdoa agar kesihatan Tuan Guru kembali pulih,” jelasnya
sk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...