KUALA LUMPUR 10 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak polis kerana
masih gagal mengambil tindakan tegas terhadap segerombolan samseng Umno
yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan beberapa
insiden serangan yang lain.
Ketua Umum KEADILAN itu mempersoal mengapa Kementerian Dalam Negeri
(KDN) tidak mahu bertegas terhadap tingkah laku itu yang sebelum ini
turut dilabel pihak kerajaan sebagai ‘kurang ajar’.
“Kita
persoal bidang kuasa menteri dan jaminan itu kerana serangan
segerombolan tertentu ini belum ada tindakan tegas daripada kerajaan.
“Saya ambil contoh umpamanya Ketua Polis Negara pada 23 Mei lalu
memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap orang yang
menceroboh DUN Pulau Pinang atas alasan demi kepentingan Melayu dan
mempertahankan maruah Islam.
“Tetapi setelah Peguam Negara memberi jaminan begitu, tindakan itu
tidak menampakkan apa-apa kesungguhan. Menceroboh DUN sepertimana
menceroboh Parlimen, sedikit pun Speaker tidak mengambil tindakan tegas,
sedangkan undang-undang harus dipatuhi tanpa mengira parti,” kata Anwar
bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri KDN di Dewan Rakyat,
semalam.
Sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, insiden seumpama itu perlu
dihentikan kerana dibimbangi aksi pihak terbabit yang dibiarkan itu akan
berulang.
“Saya harap KDN jangan berlengah dalam hal ini. Ini juga berkaitan
tindakan membaling molotov koktail kepada beberapa gereja termasuk di
Lebuh Fakuha, Pulau Pinang dan yang terakhir serangan terhadap Ibu
Pejabat DAP di Kuala Lumpur dan Kuantan baru-baru ini.
“Kita dengar jaminan Timbalan Menteri di dalam Parlimen bahawa ada
peruntukan undang-undang, dan ada suara di sebelah sana yang menyatakan
ada sikap kurang ajar (terhadap pencerobohan itu), sekarang jawablah?
“Soalnya, saya telah tegaskan bahawa kita tunggu tindakan, tapi tiada tindakan tegas, kenapa ini berlaku?” kata Anwar.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen
Santubung, Datuk Dr Wan Junaidi menjawab: penentuan tindakan yang
diambil adalah di bawah bidang kuasa mutlak Speaker dan mengikut
peraturan Dewan itu sendiri.
kd
Senarai Blog...Geng
-
Kenapa berhijrah dari Kelantan ke Pulau Pinang mencari pekerjaan? - Zainuddin Omar Mana ADUN dan MP pembangkang tak bantu? Ciiiit. *** Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas dit...7 minit yang lalu
-
Kelantan: PBT siasat tarian colok mata dalam majlis makan malam - FMT ReportersExco Kelantan Hilmi Abdullah berkata semakan dengan Majlis Daerah Tanah Merah mendapati pihak penganjur tidak memohon permit untuk penganjuran...Sejam yang lalu
-
MALAYSIAKINI DEDAH WAJAH SEBENAR ANWAR SEBELUM DAN SELEPAS JADI PM - Seorang pembantu kepada Anwar Ibrahim cuba menepis kritikan bahawa perdana menteri itu tidak menyuarakan sebarang kebimbangan tentang pendakwaan terhadap...3 jam yang lalu
-
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang FC Pula Tarik Diri - MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan. Dua kelab yan...3 hari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...4 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Rabu, Jun 11, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...