Rabu, Jun 11, 2014

[ Hudud Selangor ] Ini Jawapan Exco Hal Ehwal Islam Selangor Sallehen Mukhyi dari PAS.

Sallehen Mukhyi

PERANCANGAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan negeri ini dinaungi tiga rakan pakatan tidak seperti Kelantan yang dimonopoli Pas.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, Selangor negeri milik Pakatan Rakyat dengan Pas hanya menguasai 15 kerusi berbanding rakan-rakan lain.

“15 kerusi tidak boleh bentuk urus tadbir bersendirian. Jadi, dalam konteks Selangor, apa-apa pendirian kita akan bincang dengan dalaman PR.

 “Tidak dinafikan bahawa hudud ini satu undang-undang terbaik tetapi macam di Kelantan, rakyat yang mahukan hukum itu menjadi undang-undang negeri kerana sejak 1993 Pas tidak pernah tewas di sana,” katanya.

Menurut Sallehen,  bagi rakyat Selangor satu pemerhatian teliti perlu dilaksanakan sebelum membuat pilihan berdasarkan persekitaran, perbezaan budaya dan kepelbagaian bangsa bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.

 “Kalau rakyat beri mandat untuk itu, kita akan laksanakan. Hudud ialah alat ke arah mewujudkan negeri aman dan makmur yang disepakati semua orang.

“Sekiranya kita buat tapi rakyat tak setuju maka tak ada guna ia dilaksanakan. Apa yang penting rakyat perlu diberi pemahaman terlebih  dahulu,” katanya.

Semalam BN Selangor mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan sama ada meneruskan cadangan kajian menolak atau tidak Undang-Undang Syariah pada sidang Dun Selangor yang akan bermula Isnin depan.

Difahamkan, Speaker Dun, Hannah Yeoh mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan nanti.

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang mencadangkan kajian dibuat telah menyerahkan cadangan tersebut pada minggu lalu.

Usul yang dibawa menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh dalam kenyataannya berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Daripada salinan usul itu, perkara tersebut dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun untuk dikemukakan pada persidangan minggu depan.

sh

2 ulasan:

  1. hari yang baik untuk semua orang malaysia, nama saya Puan aisha bukafia, tinggal di bandar bandar george, sila, saya ingin berkongsi kesaksian hidup yang sebenar saya di sini pada platform ini untuk semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan pemberi pinjaman pinjaman atas internet, Allah telah trully memihak kepada saya melalui ibu yang baik Puan Emiliana

     Selepas beberapa tempoh cuba untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan ditolak sentiasa, jadi saya memutuskan untuk memohon melalui pinjaman dalam talian tetapi saya telah ditipu dan saya kehilangan 5,000MYR, kepada seorang wanita di Arab Saudi.

     i menjadi begitu terdesak dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan seorang kawan saya yang kemudian intorduce saya kepada Puan Emiliana yang juga pemilik sebuah organisasi pinjaman global, jadi kawan saya meminta saya untuk memohon dari Puan Emiliana, jadi saya summorned keberanian dan dihubungi Puan Emiliana.

     Saya memohon untuk jumlah pinjaman Rp80,000MYR dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada 2%, jadi pinjaman yang diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat pada pindahan kredit, disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman, Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen daripada mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang daripada dua jam wang pinjaman itu telah didepositkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan daripada bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 80,000MYR. Saya begitu gembira kerana akhirnya Allah menjawab doa saya dengan pesanan pemberi pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang boleh memberikan apa yang diinginkan hati saya.

    Semoga Allah memberkati Ibu Emiliana untuk membuat adil hidup saya, jadi saya cadangkan sesiapa yang berminat dalam mendapatkan pinjaman untuk sila hubungi Puan Emiliana melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com untuk pinjaman anda

    Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup yang sebenar saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam kehidupan anda.
    satu lagi nama saya mrs aisha bukafia, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: mrsaishabukafia@gmail.com.

    BalasPadam
  2. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.



    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng