Beliau berkata pembangunan di sesebuah negeri tidak akan berjaya sekiranya pendapatan per kapita rakyat tidak dinaikkan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga.
“Kita juga mesti rancang supaya pendapatan isi rumah dapat dinaikkan supaya tiada keluarga yang mempunyai pendpatan terlalu rendah.
“Kalau Selangor nak maju, maka pendapatan rakyat juga mesti ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai harta pembangunan di negeri ini,” katanya semasa merasmikan Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata Selangor akan diangkat menjadi negeri perbandaran pada tahun 2035 dan bakal menyaksikan lebih 60 peratus penduduk tertumpu di kawasan bandar.
Beliau berkata perbandaran adalah fenomena atau keadaan biasa dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara yang membabitkan banyak aspek antaranya infrastruktur dan prasarana.
“Sasaran kita adalah untuk membangunkan negeri Selangor dan mengurangkan jurang pendapatan keluarga supaya pendapatan mereka lebih tinggi.
“Kita sasarkan lebih 50 peratus keluarga golongan pertengahan akan memperolehi pendapatan melebihi RM4,000 sebulan sebagai usaha memperhebatkan pembangunan,” katanya lagi.
sk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...