Khamis, Jun 05, 2014

[ ALHAMDULILLAH ] YES!!! AKHBAR UMNO SEMAKIN X LAKU... HE HE HE HE..

Jumlah pengedaran akhbar milik NSTP dan Umno menyusut selepas pilihan raya umum tahun lalu. – Gambar fail.





















Media New Straits Times Press (NSTP) yang dikawal Umno menyaksikan penyusutan jumlah pengedaran bagi pertengahan 2013 dengan kedudukan akhbar lain kekal, kata laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABC).

 Angka berkenaan menyusut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 5 Mei yang turut menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehillangan tujuh kerusi Parlimen meskipun mengawal media utama yang memerlukan lesen dan dikawal parti politik kerajaan.

 "Kebanyakan akhbar harian tidak mampu menahan angka mereka selepas tempoh pertama 2013 (Januari hingga Jun 2013)," kata ABC dalam kenyataan di Hanoi, Vietnam.

 “Sin Chew Jit Poh (harian) akhbar dengan angka tertinggi dengan 366,390 salinan diikuti Harian Metro (342,689) dan The Star (289,611) salinan.

 "Di bawah kategori bebas dan terkawal, The Sun merekodkan sebanyak 305,000 salinan Red Tomato 209,599 salinan dan Malaysia SME 50,000 salinan," kata ABC. Angka yang dikeluarkan ABC hari ini menunjukkan sejumlah akhbar dijual di Malaysia Barat jatuh lebih 260,000 salinan antara Jun hingga Disember 2013.

 Akhbar harian berbahasa Inggeris NSTP, New Straits Times mengalami kejatuhan terbesar dalam kumpulan pengedaran apabila turun 32.78% atau 37,885 salinan daripada June hingga Disember 2013. Pengedaran edisi Ahad, New Sunday Times turut jatuh sehingga 25% atau 98,776 salinan pada Disember 2013.

 Akhbar harian berbahasa Melayu NSTP, Berita Harian dan Harian Metro juga mengalami penyusutan edaran masing-masing 25% dan 11% walaupun Harian Metro pernah menjadi tabloid terlaris di Malaysia. ABC berkata, pada Disember 2013, Harian Metro mencatatkan pengedaran sebanyak 342,689 salinan, dengan edisi Ahad menunjukkan penurunan 10%.

 Berita Harian edisi Ahad turut menunjukkan penurunan salinan lebih 26,000 salinan atau 14%. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bagaimanapun bernasib baik untuk bertahan berbanding akhbar NSTP meskipun mengalami penurunan 6.3% atau 12,204 salinan pada tempoh separuh 2013. 

Edisi Ahad Utusan, Mingguan Malaysia adalah akhbar berbahasa Melayu dengan salinan tertinggi pada Disember 2013, turun 1.74% berbanding Jun. Laporan ABC berkata, tablois kumpulan Utusan, Kosmo dan Kosmo Ahad turut menyaksikan peningkatan pengedaran antara Julai hingga Disember.

 Akhbar berbahasa Inggeris paling popular di Malaysia, The Star dan The Sunday Star mengekalkan pengedaran salinannya sebanyak 300,000 salinan, meningkat kurang 1,000 salinan berbanding Jun hingga Disember 2013.

 Namun The Star berkata, pendaftaran untuk edisi E-akhbar mereka meningkat. Akhbar perniagaan The Edge menunjukkan peningkatan pengedaran daripada 20,720 pada Jun kepada 24,284 pada penghujung tahun, peningkatan hampir 17%.

  Akhbar berbahasa Cina turut menunjukkan penurunan kecuali China Press yang kekal dalam pengedarannya pada 176,000 salinan antara Jun hingga Disember 2013. ABC berkata, penurunan pengedaran salinan sebanyak 5.4% bagi akhbar Guan Ming Daily, 3.6% bagi Guan Ming edisi petang, China Press edisi petang (5.9%), Sin Chew Daily (4.9%), dan Sun Chew edisi petang (11%).

tmi

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng