Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Jun 04, 2014

[ Isu Dalam Negeri Selangor ] Dengar dulu sebelum bantah kata MB.

Abdul Khalid meminta Ahli Parlimen, Adun dan penduduk Petaling Jaya dengar terlebih dahulu penjelasan LLM.

SHAH ALAM – “Sebelum menentang pelaksanaan Kidex dengar dulu, selepas dengar nak bantah kita terima dan berikan opsyen lain bagi menggantikan projek itu.

“Saya tidak mahu beri ceramah perancangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)  sedangkan maklumat diterima juga daripada mereka.

"Dengar dulu penjelasan LLM dan juga perancang bandar dan desa kemudian barulah perbincangan produktif boleh dijayakan.”

Demikian tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan isu bantahan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang disuarakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo termasuk pihak-pihak lain.

Terdahulu Gobind mendesak menteri besar mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan Adun untuk menerangkan status kerajaan negeri berhubung pembinaan Kidex.

Abdul Khalid turut mengingatkan pihak yang membantah bahawa komitmen untuk menghapuskan tol hanya akan direalisasikan jika PR berjaya menawan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, PR hanya menguasai Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak memiliki kuasa penuh untuk untuk menolak bagi memenuhi janji kepada rakyat Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu.

Tegasnya, sebagai Pengerusi Manifesto PR Selangor pihaknya tidak pernah gariskan janji untuk tidak wujudkan lebuh raya bertol apatah lagi ia di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kami tak pernah gariskan janji tidak akan ada lebuh raya bertol. Tol jalan raya hanya kuasa Kerajaan Persekutuan...kalau PR menang (rampas pusat) ada dua perkara iaitu pendidikan percuma untuk semua dan pembatalan lebuh raya bertol.

“Selangor tak ada kuasa langsung untuk halang pembinaan lebuh raya bertol kerana di bawah tanggung jawab pemiliknya iaitu LLM dan di bawah Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika sidang media.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...