Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 10, 2014

[ Nasihat DSAI ] Jabatan Agama perlu bijak tangani isu agama

KUALA LUMPUR 10 JUN: Jabatan Agama perlu bijaksana dan sensitif terhadap sesuatu isu keagamaan supaya ia dapat diselesaikan tanpa menyinggung mana-mana kaum di negara ini.
Tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu perlu ekoran pendekatan yang diambil oleh beberapa Jabatan Agama Negeri dalam menangani isu berkaitan adalah kurang wajar dan memuaskan.

Anwar“Perlu kaedah yang bijaksana dalam menangani soal agama tanpa mengira agama sekalipun.
“Perlu jaga sensitiviti agama dan jika ada bukti yang jelas, kaedah rundingan harus dilaksanakan,” katanya pada kenyataan.

Beliau merujuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dikecam kerana menghentikan satu majlis perkahwinan agama mengikut adat Hindu dan menahan pengantin perempuan didakwa penganut Islam, di Petaling Jaya 1 Jun lalu.

Kejadian serupa turut berlaku di Pulau Pinang semalam apabila pasukan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) menghentikan upacara pengebumian seorang wanita Cina dan membawa mayat berkenaan untuk disimpan di sebuah bilik mayat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hal seumpama itu memberi isyarat bahaya kepada semua masyarakat berbilang agama.

Kata beliau, bukti perlu dikemuka terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil kerana tindakan kurang bijak bakal mencerminkan keangkuhan kuasa semata-mata.

“Saya syorkan segala perbincangan dengan adab dan sopan dilaksanakan supaya kata sepakat dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, insiden yang berlaku di negeri itu merupakan satu perkara yang tidak menghormati upacara keagamaan.

Tambah Ahli Parlimen Bagan itu, tindakan ini jelas tidak menghiraukan perasaan keluarga mangsa dan tidak menghormati hak-hak orang bukan Islam seperti ia tidak pernah wujud.
“Insiden seumpama ini akan memberi kesan negatif kepada negara dan kita perlu untuk menghormati agama lain,” kata Guan Eng.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...