Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu dapat dilihat apabila PKNS dijangka membina 31,086 unit rumah mampu milik dengan sumbangan hampir RM3 bilion kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2008 hingga 2030.
“PKNS dikenali dengan usahanya membangunkan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perniagaan, pelaburan dan pembangunan usahawan.
“Sehubungan ini, patik amat menggalakkan PKNS supaya menjalani perniagaan lebih bebas tanpa dibayangi Kerajaan Negeri,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan alu-aluannya kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Majlis Perasmian Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi.
Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS turut berbangga terhadap kejayaan demi kejayaan yang ditempa perbadanan yang bakal berusia genap 50 tahun pada 1 Ogos ini.
sk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...