Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penjelasan Universiti
Teknologi MARA (UiTM) semalam tidak menafikan secara khusus dakwaannya
bahawa projek penswastaan kampus cawangan universiti tersebut
menguntungkan ahli politik Umno.
"Pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan saya mengenai
siapa kroni Umno yang berada di belakang syarikat konsesi ini.
"Pengurusan UiTM juga tidak menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti yang saya dedahkan.
"Ini bermakna pengurusan UiTM membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta
yang saya kemukakan selama ini mengenai (identiti) kroni di belakang
setiap syarikat konsesi," katanya dalam satu kenyataa.
Hanya jawab keuntungan UiTM
Rafizi menambah, kenyataan UiTM semalam hanya menjawab mengenai keuntungan yang diperolehi oleh UiTM melalui langkah tersebut.
"Pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat belaka.
"Akhirnya, pengurusan UiTM hanya mampu menjawab bahawa pendekatan
menswastakan kampus cawangan UiTM kepada syarikat konsesi ini
menguntungkan UiTM kerana wang didahulukan oleh syarikat konsesi melalui
kaedah “private finance initiatives” (PFI)," katanya.
Rafizi sebelum ini mendakwa kampus UiTM Pasir Gudang, Jasin, Seremban 3,
Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan dibina dan disewakan oleh
syarikat yang ada kaitan dengan Umno kepada UiTM.
Dakwanya, pemberian projek secara runding itu meningkatkan kos daripada RM1.8 bilion kepada RM8.6 bilion.
Beliau mendakwa syarikat berkenaan memegang konsesi untuk menyewakan kampus itu kepada UiTM selama 23 tahun.
Isu tender terbuka
Katanya, beliau tidak mempersoalkan kaedah untuk menjalankan projek
berkenaan melalui pembiayaan swasta (PFI), namun menegaskan ia perlu
dijalankan secara telus dan terbuka.
"Negara-negara lain turut mengamalkan kaedah PFI dalam beberapa projek
tetapi tender dibuka kepada semua. Akhirnya, syarikat yang menawarkan
harga dan nilai terbaik kepada kerajaan yang akan terpilih.
"Dalam kes konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM, konsesi
dianugerahkan kepada syarikat kroni secara rundingan terus," katanya.
Katanya, beliau juga mempersoalkan kewibawaan syarikat yang
dianugerahkan konsesi itu, yang didakwanya tiada pengalaman menguruskan
projek demikian kerana ia ditubuhkan untuk menerima konsesi semata-mata.
"Akhirnya, pelaksanaan projek mengalami banyak masalah termasuklah
kemudahan yang tidak mengikut spesifikasi, khidmat penyenggaraan yang
tidak baik kelak dan lain-lain," katanya.
mk
Senarai Blog...Geng
-
MAHIADDIN, KOMANDER PERANG YANG GAGAL
-
Banyak bukti dapat disenaraikan satu persatu kegagalan Kerajaan Perikatan
Nasional (PN) melawan Pandemik Covid-19. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
sebag...
Sejam yang lalu
-
-
Bela PU Amin: Islam benci agamawan sekongkol dengan perampas kuasa, kata Kadir
-
Malaysiakini Jika sesetengah pihak mengecam PU Amin kerana hadir di majlis
yang melibatkan wanita berpakaian seksi, tokoh wartawan negara A Kadir
Jasin seb...
5 jam yang lalu
-
Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin
-
Hasil tinjauan terhadap pengundi di Gombak yang dilaksanakan Invoke, sebuah
badan data yang dipimpin bekas ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, menunjukkan ...
6 jam yang lalu
-
MB: Hanya 25 Peratus Penduduk Pahang Yang Daftar Vaksin Covid-19 Gunakan MySejahtera!
-
KUANTAN – Hanya 25 peratus atau kira-kira 400,000 individu sudah membuat
pendaftaran vaksin Covid- 19 daripada kira-kira 1.6 juta jumlah keseluruhan
p...
Sehari yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka (Sambungan).
-
*Bab Keempat (ii)*
*MULA MENYEDARI TONSIL *
AKU mula mengetahui aku diserang tonsil apabila suatu hari selepas makan
tengah hari di sebuah restoran nasi...
Sehari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
-
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur
pagi t...
5 minggu yang lalu
-
-
Susu NILOFA
-
*Ada berminat nak beli KLIK SINI*
Sebulan yang lalu
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN.
-
Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg
kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan
kewangan...
5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia
-
*WaLlahu 'Alam*
*KHALID SAMAD*
www.khalidsamad.com
11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan
-
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM
1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. J...
3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang yan...
3 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...