Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 12, 2014

[ Hudud Selangor ] MENARIK!!! KENYATAAN YB DAP TERKINI!!

 

DAP mempersoalkan MCA sama ada parti itu menentang keras jika Umno terus mengesyorkan hudud di Selangor.

“Sekarang Umno, rakan mereka dalam gabungan (BN), juga membangkitkan supaya hudud dikaji di Selangor, adakah MCA beralih daripada kempen 'katakan tidak pada hudud PAS' kepada 'katakan tidak kepada hudud Umno' di Selangor?

“Adakan MCA kini akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu?” soal anggota Dewan Undangan Negeri Damansara Utama Yeo Bee Yin.

Dalam kenyataannya hari ini, Yeo berkata, MCA berterusan menyalahkan DAP kerana menyokong PAS walaupun parti itu mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya lagi, MCA terus mengelak mengulas berhubung langkah Umno yang menggalakkan PAS meneruskan usaha itu, malah membentuk jawatankuasa teknikal bersama Kelantan-pusat.


mk

1 ulasan:

  1. Inilah masanya kamu menyatakan kamu itu Islam yang Syumul atau hanya nama saja Islam ?Saya tak mahu berbicara banyak.Bila sebut saja tentang Islam bersatulah kita semua.Kita tidak menyentuh tentang kepercayan mereka tapi mereka sudah lebih dengan apa yang datuk nenek kita beri.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...