Rabu, Jun 04, 2014

[ PANAS!! ] Rafizi Ramli Buat Hal Lagi....

 

Putrajaya sentiasa mengulangi senarai barangan yang akan dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam mempertahankan dasar baru itu, tetapi dua barangan penting yang tidak ada dalam senarai itu adalah petrol dan diesel.

Ini mendorong Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kiri) untuk
menggesa kerajaan menyatakan sama ada dua komoditi yang berkait rapat untuk kos sarahidup, akan terlepas daripada GST yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

"Saya menyeru (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengesahkan secepat mungkin sama ada GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel," katanya.

Rafizi berkata keengganan kerajaan untuk berbuat demikian akan memberi gambaran bahawa petrol dan diesel akan naik harga apabila GST dikenakan ke atas dua komoditi itu.




mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng