KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib
Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi
Perdana Menteri.
Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan, lapor Roketkini.
Katanya, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan.
“Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.
Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan.
“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?” katanya sinis.
hd

0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...