Rabu, Jun 25, 2014

[ BERITA PAGI HOT!! ] MUHYIDDIN BAKAL DI SINGKIRKAN HE HE HE HE HE...LAYAN!!

KUALA LUMPUR 24 JUN: Khabar angin tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin diyakini ekoran petunjuk baru daripada Perdana Menteri.

Ini dikuatkan lagi apabila Datuk Seri Najib Razak petang tadi baharu sahaja memberi bayangan tentang rombakan kabinet.

Najib-Muhyiddin1Beliau dilapor menyatakan pelancaran KLIA2 di Sepang hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.
Akhbar baru-baru ini turut melaporkan bahawa Najib akan membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet. Perubahan tersebut dikatakan turut melibatkan tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin dikatakan bakal digantikan dengan Hishammuddin yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Najib.

Perkara ini turut diulas bekas Menteri Penerangan dan bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin dengan mengatakan faktor umur dan kesihatan Muhyiddin dikatakan antara sebab beliau akan disingkirkan.

kd

1 ulasan:

  1. Mungkin kah ia nya merupakan "PEMBALASAN" kerana tidak senang dengan Pak Lah sehingga dia terpelanting dari kerusi PM dulu. Lain kali sebelum bertindak fikir fikir kan lah akan "PEMBALASAN" sebelum melakukan apa apa tindakan, tak gitu wahai Mahyuddin anak lelaku Yassin?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng