APAKAH setiap orang yang pernah berjuang atau berkorban untuk parti menjamin orang itu tidak akan memusnahkan parti atau menjadi pembelot kepada parti? Jika tidak benar begitu, mengapa perlu ada rasa sombong dan angkuh kononnya "aku banyak berkorban untuk parti"?
Siapa tidak tahu Ezam sesumpah, Zahid Md Arip, Roslan Kassim, Lokman
Noor Adam, Zulkifli Noordin atau Zul Kulum dan ramai lagi, mereka banyak
berkorban dan berjuang untuk parti. Tetapi, ke mana akhirnya mereka?
Oleh kerana itu, bila ada yang menegur kita apatah lagi menuduh kita
terlibat di dalam perkara yang merosakkan parti, kita wajib jawab dengan
hujah dan fakta atau bersedia untuk disiasat oleh parti. Bukan hanya
dengan menjawab, "Aku telah lama berjuang di dalam parti, aku berbelas
tahun menjadi mangsa fitnah...bla..bla..bla...." dan isunya masih tidak
berjawab.
Di dalam pemilihan PKR baru-baru ini, Chegu Bard ada melaporkan satu kes
berkaitan cerita kononnya ada wang dilemparkan kepada Malik Hussin,
Timbalan Pengerusi JPP yang menguruskan pemilihan di dalam PKR. Ramai
yang tahu kisah ini, cumanya kita hanya perlu jawapan rengkas dari pihak
atasan sana samada benar atau tidak laporan Chegu Bard itu?
Sehingga kini tiada jawapan. Mungkin masih di dalam siasatan. Tapi,
sampai bila? Apakah sampai pemilihan akan datang? Jika tidak benar,
katakan tidak benar. Jika benar, katakan memang benar dan parti sedang
siasat. Susah benarkah mahu redakan isu ini?
Bukan mahu kata Chegu Bard betul kerana Chegu Bard juga tidak tahu betul
atau tidak, sebab itu beliau lapor agar dapat dijawab isu berkenaan.
Peliknya, mengapa ada yang sudah melatah sampai ugut mahu saman Chegu
Bard? Mengapa ada yang sekadar menjawab, "Aku seorang pejuang reformasi
berbelas tahun"? Itu bukan isu. Jika itu sebagai bukti anda betul,
maka Ezam Sesumpah dan Zahid Md Arip juga boleh dianggap betul.
Jika kes yang dilaporkan oleh Chegu Bard ini terbukti tiada asas, jangan
pula hukum Chegu Bard kerana beliau ingin tahu samada betul atau tidak
kerana kes baling duit atas meja oleh Malik Hussin ini bukan cerita
rahsia lagi. Aku faham mengapa Chegu Bard sering mendesak parti agar
menjawab isu ini kerana beliau ada pengalaman menghadapi suasana di mana
kes dibekukan.
PKR masih terbaik berbanding Umno. Tetapi tidak cukup setakat apa yang
kita telah lakukan sekarang. Kita masih perlukan keberanian untuk
berdepan dengan sesiapa saja. Hatta, jika ada yang menuduh Anwar mahu
pun Azizah yang melakukan sesuatu yang tidak betul, kita juga mahu ianya
disiasat dan beri jawapan atas tuduhan itu. Jika perlu bertindak,
parti wajib bertindak sekiranya cukup bukti. Itu saja yang kita mahu.
Ahli-ahli PKR sekarang mahukan parti ini berganda-ganda lebih baik dari
Umno. Untuk menjadi parti yang lebih baik, kita perlu pimpinan dan
ahli-ahli yang baik. Biarlah kecuh seketika untuk pemilihan ini asalkan
kita boleh tapis pimpinan untuk mencari yang terbaik.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...