Sabtu, Jun 28, 2014

[ ADA BERANI??? ] Rafizi Ramli cabar Muhyiddin..

KUALA LUMPUR 27 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli menggesa supaya perjanjian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang melibatkan berbilion ringgit didedahkan kepada umum.

Ia katanya, ekoran kenyataan Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak memahami konsep penswastaan atau ‘Private Finance Initiatives (PFI)’ yang didakwa memberi kebaikan kepada universiti itu.

Rafizi (2)Menafikan beliau menentang kaedah PFI, Rafizi berkata beliau mempertikaikan beberapa perkara dalam pemberian konsesi berkenaan seperti pemberian tender runding terus yang dilihat hanya menguntungkan syarikat konsesi.

“Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno dan kemudian melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

“Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang ditanggung UiTM ini sehingga lima kali ganda lebih mahal daripada kos membina sendiri UiTM ini? Berapa margin keuntungan diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?” soalnya.

Menurutnya, jika perjanjian itu didedahkan, rakyat boleh memastikan tiada unsur keuntungan berlipat kali ganda diberi kepada pemegang konsesi sepertimana penswastaan air dan lebuh raya.
“Oleh itu saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum.

“Jika Muhyiddin tidak bersedia mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham kenapa kerajaan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu,” ujarnya.

kd

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng